PKR Cabang Tenom, Sabah Dibubar! Anwat Meroyan lagi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom di sini “hilang” 11 daripada 15 ahli jawatankuasanya yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka ialah antara 22 anggota PKR kawasan itu yang menyerahkan borang penyertaan UMNO selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang dan negeri.
"Tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan di Tenom. Semua perjuangan kami dalam PKR sia-sia.

"Kami juga sudah bosan dengan masalah yang berlaku di kalangan pemimpin PKR sendiri,” kata bekas timbalan ketua cabang itu Lampag Kurias pada sidang media di sini.
Lampag berkata, keputusan mereka untuk menyertai UMNO atas kesedaran terhadap kesungguhan parti itu menerusi Barisan Nasional membangunkan rakyat dan menyediakan kemudahan asas di semua daerah.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, pada asasnya PKR Tenom kini bubar kerana kehilangan lebih dua pertiga anggota jawatankuasa. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah sekiranya benar pemimpin anugerah tuhan berzina dlm video tu terbukti BENAR,aku pasti lebih ramai lagi akan keluar PKR serta parti itu diambang musnah

Unknown said...

Apa pulak alasan Anwar selepas ini? Confirm dia kata ahli2 ni semua trojan horse BN. Maklumlah, PKR kan sempurna, mana pernah silap.

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...