Luahan hati anak dara Guru Besar S.K Sri Pristana Yang Perlu Korang Baca!

Tandas ke? Guru guru siap buat makan makan dalam bilik itu.
Coretan anak guru besar sk sri pristana. Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi mereka. Hentikan fitnah. Saya akui, saya sendiri sebak membaca status farah asyikin 
(Terjemahan)

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kebiasaannya cepat saja untuk saya menulis post saya, tetapi kali ini, entah kenapa, saya rasa seperti tersekat. Tiada kata yang boleh memperlihatkan kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi. Saya melihat post di facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku. Didalam hati, saya menangis. Menangis kuat. Mencuba menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia.

Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya. Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri. Saya tak boleh salahkan mereka. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang berkenaan?

Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya "sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas", ya Allah , itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN. Sekarang, sesetengah orang tak tahu apa perbezaannya. Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor, dan entah apa lagi? Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam di atas luka?adakah kamu benar tahu, dengar dan prihatin tentang sensitiviti kaum?
Pertuduhan murid makan di tandas adalah tidak benar sama sekali.Tandas pun tak mampu nak beza.Penat Penat.
Kalau benar kamu prihatin, kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan). Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa, makan di tempat yang seakan-akan mewah. Mereka diberi layanan yang sama. Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim, membuatkan hal ini menjadi isu besar. Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?

Saya sangat-sangat TERLUKA dengan hal ini dan sangat-sangat pedih rasanya kerana hal ini melibatkan ayah saya sendiri. Ye, ayah saya. Dia adalah pengetua sekolah dan hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya berfikir untuk menulis post ini di facebook kerana saya merasakan hal ini telah menjadi sangat serius dan apa yang perlu, saya perlu berbuat sesuatu , paling tidak pun untuk menulis post ini.
Siapalah diri saya ini? Siapa yang akan membaca post saya ini? Saya seperti pelajar dalam bidang perubatan yang lain , belajar di luar negara dengan bantuan duit rakyat, dan balik sebentar untuk percutian musim panas, dengan harapan dapat meluangkan masa dengan keluarga. Tetapi, apakah yang berlaku sekarang ini?

Ayah saya adalah seorang pengetua yang sangat bermotivasi yang pernah saya jumpa dan kamu boleh mengatakan ianya bias, kerana saya sebagai seorang anak perempuan dan bukankah semua merasakan ayah kita adalah yang terbaik di dunia? Saya mengenali ayah saya dengan sangat baik. Dia mungkin merupakan insan yang menyokong kerajaan, tetapi dia TIDAK AKAN menyalahgunakan hak dan kuasa dia sebagai pengetua seperti apa yang diperkatakan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia balik kerja setiap hari bercerita dengan megahnya mengenai potensi sekolah. Mengenai bagaimana pelajar-pelajar membesar dengan baik didalam pelajaran mahupun kokurikulum. Dia tak pernah berhenti bertanya dengan saya dan abang mengenai bagaimana caranya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Memohon kami untuk pergi ke sekolah tersebut dan memberikan kata-kata motivasi dan ceramah untuk para pelajar untuk mengejar cita-cita. Untuk menjadi contoh kepada mereka dan jangan biarkan masyarakat menjatuhkan kita . Ironinya, masyarakat jugalah yang menjatuhkan dia (ayah saya).

Menjadikan hal ini lebih teruk kerana ada manusia yang tidak henti menyebarkan hal yang buruk mengenai ayah saya, tidak cukup dengan itu, mereka menyerang ayah saya di facebook, di setiap post ayah, dan apa yang perlu saya lakukan hanyalah dengan menghentikan dulu akaun facebook ayah saya untuk sementara, hanyalah untuk melindungi ayah saya daripada komen-komen yang menghina dan tak dapat diterima akal, segala komen yang mengecam ayah saya yang dia sendiri tidak sedar.
Tolonglah, jika kamu masih ada rasa perikemanusiaan, hentikanlah fitnah. Adakah kamu tidak takut akan kesan menyebarkan fitnah? Adakah kamu tidak takut akan pembalasan dari Allah? Saya menulis ini dengan menangis sekuat hati dengan niat agar post ini dapat menarik mereka yang baik hati agar menghentikan fitnah ini. Dengan nama Allah, saya memohon , ketepikan dahulu politik mana yang kamu sokong, dan cuba berfikir dalam perspektif seorang anak perempuan yang prihatin akan ayahnya. Saya rasa kamu faham apa yang saya rasa sekarang. Jika Kamu rasa, saya menulis ini adalah untuk meraih simpati, kamu memang benar. Jika dengan berbuat demikian, boleh membantu ayah saya.

Untuk pengetahuan, oleh kerana pemikiran kejam pihak yang menulis hal ini, ayah saya sekarang berada dengan pihak polis untuk disiasat. Adakah ayah saya kelihatan sangat jahat? Saya rasa, cukup untuk saya mengatakan tidak. Saya pasti, sesiapa yang mengenali ayah saya pasti akan memihak kepada saya.

Tabahkan hati Farah. InsyaAllah Allah bersama org teraniaya. Kebenaran akan terbongkar juga. saya mendoakan. saya juga percaya, kawan saya akan tetap disini bersama saya, tak kira apa warna kulit dan kepercayaan. Mereka yang mengenali saya dengan lebih baik, saya percaya dengan mereka. Kepada yang tidak mengenali saya, tak perlulah memperhatikan hidup saya dan mencari salah dan memburuk-burukkan saya pula. Kerana saya pasti bahawa diantara kamu dah pun melakukan hal tersebut, dengan ayah saya. Saya mohon agar Allah memberi petunjuk dalam hidup kamu. Kamu boleh baca sendiri post didalam gambar ini, jika kamu rasakan ianya perlu. --SumbeR

Link post: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200922888849136&set=a.1345737558162.50267.1072955166&type=1&ref=nf

22 comments:

Xpas said...

"Cukuplah seseorg itu dikatakan pendusta bila dia menyampaikan setiap yg didgrnya." HR Muslim.
"Wahai org org yg beriman ! jika dtg kpd kamu seorg fasik dgn satu berita mk periksalah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan kpd suatu kaum suatu musibah secara jahil yg bakal menimbulkan penyesalan." Al Hujurat 6.
Ternyatalah penyebar fitnah itu pendusta lg fasik, moga tidak berkekalan dia begitu dan segera insaf dan bertaubat.

Anonymous said...

Yg ko gi delete acc fb bapak ko apsal?
Patutnya biarkan dan gunakan acct tu utk jwb segala fitnah,. Nmpak mcm bapak ko nak ngelak lari dari masalah,

Anonymous said...

xpyh layan... org klu dh mmg bniat jht,mmg suke cr slh org jwbla pape pon mesti diorg boleh pusing blk ayt tu..

Anonymous said...

cik anom di atas. janganlah cetek fikiran sangat. die stopkan kejup fb bapak die sbb ko smpai hati ke tgk org kutuk2 bapak engko. cer engko bayangkan pengetua tu bapak engko. biar lah die menjawab kepada pihak yg bertanggungjawab. xpyh die nak menjawab dgn org yg suke menabur fitnah mcm ko nih. suke sgt negative thinking. belum dpt penjalasan lg dah bertalu maki hamun die dpt. ko ingt ko perfect sgt ke? yg nak mengutuk org tuh. istigfar diri dlu byk2.

Anonymous said...

Aku dulu makan kat kaki lima kantin je bila kerusi kantin penuh.. mak ayah xde pulak buat demo suruh sekolah besarkan kantin.

Bende kecik je. Makan kat bilik persalinan. Rumah yg kongsi dinding dapur dengan jamban tak de siapa nk komplen pulak..

Dunia2..

Anonymous said...

Budak2 sekarang, manjakan lah sangat2.. nanti PIBG buka kantin pakai aircond lah.

Anonymous said...

Lepas ini pemain bola tidak lagi dibenarkan minum dalam bilik persalinan. Nanti ada yang buat isu. Masuk fesbuk..bala bala.

Anonymous said...

Deactive acc fb bkn bemksd utk mengelak atau melarikn diri dr mslh.. tp hanya utk mengelak supaya keadaan x betambah teruk dn jd semakin keroh.. dn jgk UTK MENGURANGKN DOSA MEMFITNAH PD ORG2 YG TERTENTU.. cuba la bukak ckit akal fikiran 2.. jgn cpt menghakimi seseorg hnya bedasarkn cite sebelah pihak je.. kta xberada d'tmpt tersebut.. jgn jd batu api dn kerohkn keadaan sedia ada.. Salam..

Anonymous said...

Kalau Bilik persalinan perempuan kenapa foto jantan makan dekat sana ?
Tak malukah kalau dituduh menjamu selera mata nanti?

Anonymous said...

apa yg kecohnya. bg saya hal ni x besar mana pn. yg obvious nya,bila org muslim buat salah sikit,smua nak serang dgn bg rumours yg mcm2. maaflah bg yg terasa,sbb sy bkn jnis menuduh sebarangan. kalau betul2 berani,pergi siasat sendiri & jgn buat andaian sesuka hati :)

Anonymous said...

Macam baru nikmat Juadah lepas berbuka Dan sembahyang, je.

Guru apakah ni, yang makan minum kat bilik mandi?

Buat malu je perangai macam ni.

Anonymous said...

Sebagai ketua di sekolah sepatutnya beliau patut tahu apa yg terbaik utk murid2 beliau. Kalau hal ni di bawa ke meja perbincangan pihak PIBG. Aku rase hal ni x kan sekecoh ni. Kerana mesti ada cara lain utk selesaikan masaalah kantin hape bagai ni

Dan aku sebagai bapak pn x kan tergamak nk tau anak aku makan dlm bilik persalinan. X kira la kotor ke bersih. Tetap tidak. Dan sebagai guru. Apa2 hal dana utk keperluan sekolah juga sentiasa aku amik tahu. Kena ingat. Dana tu sememangnya utk di gunakan, bukan utk di simpan.

Kemudian gambar selanjutnya yg menunjukkan org berbuka di bilik tersebut. Apa ke logiknya ni tegakkan benang yg basah? Nk tunjukjan pada semua satu dunia yg kawasan tu sememangnya boleh di buat tempat mkn? Pls.. U all bukan bebudak lg. sebelum puasa boleh pulak makan minum di bilik meeting? Bulan posa kenapa x boleh?

Sekurang kurangnya buat di bilik darjah. Malam waktu buka kan sesi persekolahan dah tamat. So? Isu tandas ok dah selesai. Tp isu makan di bilik persalinan dgn keadaan yg sgt sukar udara nk keluar. What the hea? Xkan x boleh pikir.

MEHAN said...

Dear saudari, saya berbangsa India dan beragama Hindu. I share your deep pain. Saya rasa majoriti yang komen negatif tu adalah mengikut emosi dan ada pula yang komen tanpa periksa fakta. Saya pun tidak tahu fakta sebenarnya dan lebih-lebih lagi niat orang yang melakukannya, yakni ayanda saudari. Bahawasanya saya tidak tahu fakta yang sebenarnya adalah sebab utama kenapa saya tak boleh komen tanpa asas.

In my opinion, the whole thing blown out of proportion simply because of the hatred society that we are living in now. The philosophy of 1Malaysia is not being practiced as it suppose to be and religious intolerance is deeply rooted among the Malaysians.

I sincerely hope & pray your beloved father will be cleared of any wrong accusation ASAP! Rgds, Mehan.

Anonymous said...

Anon...benda dah bawa berbincang dengan pibg...diorang pun setuju.

Anon..mcmana ko tahu diorang lepas berbuka puasa?..saya cikgu dan tak pernah jamuan buat dalam bilik meeting.selalu di kantin atau foyer luar staf room.

Anon...kalau tempat dah bersih apa salahnya..takan nak layan kau punya geli babi.yang penting syarat bersih....separuh iman bro.

Anon..jarak dapur rumah kau dengan tandas berapa batu?aku duduk flat jer bro..selangkah dari dspur dah sampai toilet.aku tak bersih ke bro...

Anon...bilik persalinan perempuamn dah tukar peranan...contoh mcm dulu ksu punya stor jadi bilik mak kau yang menumpang rumah kau...kau dah hias cantik2...tapi tetap stor lagikah?

Anon...aku buat kesimpulan..kau orang pembangkang....

Anonymous said...

Nmpk sgt nak cover line dgn ambik gmbr bbuka dlm bilik PERSALINAN tu..da terang lg bersuluh.pas ni akan kluar lg gambar cikgu2 tu camping dlm bilik tu nak tunjukkn yg drg buat kat bdak2 tu x salah...tak malu ke buat camtu???

Anonymous said...

Ini kawasan pembangkang. Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menanam perasaan benci, saling mencurigai antara Satu sama Lain.

Semangat perkauman teruk ini adalah untuk memecah belahkan perpaduan kaum.

Membaca komen laman FB ... memaparkan fikiran puak Pembangkang yg cetek akhlak.

Isu kecil yg diperbesarkan.

isa daniel said...

tempat makan yg dikecohkan kat mak bapak sekarang ni, sekolah nak makan ke belajar.... cuba suruh mak bapak tu tengok keputusan anak memasing ada merah x? haaaa tang tu cuba ambik berat sikit

manjung said...

Isu makan pun nak jadi masaalah. Bangang la puak2 pembangkang ni...

Anonymous said...

ala kalau melibatkan reputasi golongan tertentu dan ada kaitan dengan BN, penafian2 dan sokong menyokong diantara mereka pasti berlaku, maklumlah saudara, tetapi cuba bayangkan kalau perkara seumpama ini berlaku kepada pihak lain adakah komen dan penafian seumpam ini berlaku? Kita kena terima hakikat, bilik persalinan adalah bilik persalinan ( kalau benar ) dan bukan tempat makan.

Anonymous said...

saya seorang bekas pelajar di sekolah tersebut dan saya yakin bahawa pengetua sekolah itu seorang yg bukan yg diperkatakan org yg negatif,saya ingin ucap terima kasih kpd penulis kerana begitu prihatin ingin menjaga nama bapanya,semoga semua fitnah dihentikan dan ingatlah bahawa fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh,Assalammualaikum.

Anonymous said...

saya seorang bekas pelajar di sekolah tersebut dan saya yakin bahawa pengetua sekolah itu seorang yg bukan yg diperkatakan org yg negatif,saya ingin ucap terima kasih kpd penulis kerana begitu prihatin ingin menjaga nama bapanya,semoga semua fitnah dihentikan dan ingatlah bahawa fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh,Assalammualaikum.

Anonymous said...

saya seorang bekas pelajar di sekolah tersebut dan saya yakin bahawa pengetua sekolah itu seorang yg bukan yg diperkatakan org yg negatif,saya ingin ucap terima kasih kpd penulis kerana begitu prihatin ingin menjaga nama bapanya,semoga semua fitnah dihentikan dan ingatlah bahawa fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh,Assalammualaikum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...