Budak 6 tahun koma jatuh dari Euro Wheel Pesta Pulau Pinang. Kerajaan negeri harus bertanggungjawab!!


Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.

Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).



BUDAK enam tahun mengapami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampir 30 meter. 

Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.-HM



A.S KATA, KERAJAAN NEGERI SELAKU PIHAK PENGANJUR PESTA HARUS JUGA DIPERTANGGUNGJWABKAN KERANA MEMBIARKAN OPERASI TEMPAT INI MELEWATI 12 TENGAH MALAM. 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG IAITU PIHAK YANG MENGELUARKAN LESEN HIBURAN JUGA SEHARUSNYA DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS INSIDEN INI.

3 comments:

Anonymous said...

Kau bodoh ke Unspinner...dengki tak sudah-sudah ! Setiap tempat permainan yang agak merbahaya macam ni, pasti akan ada tanda bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kematian yang berlaku akibat menggunakan peralatan tersebut. Dah tahu bahaya, siapa suruh guna...dan ibu bapa budak tu pun satu, tak tahu jaga anak ! Tapi aku pun perlu bersikap adil juga bahawa pihak penganjur mesti memastikan budak tu di awasi oleh penjaganya, kalau tidak ada penjaga, kenapa operator mesin itu membenarkan budak itu naik ? Tidak bertanggung jawab langsung ! macam pemimpin - pemimpin Malaysia juga lah...

Anonymous said...

kesalahan ini adalah kecuaian di pihak pengurusan pesta dan ibu bapa, camner budak tu leh naik buaian tu kalo dah henti operasi? mesti takder pengawalan. tambahan plak terang2 budak tu naik bila operasi buaian tu nak stop dah.

Anonymous said...

Uols yg jg mainan tu sume warga asing.. sya sndri tgk cmna ank sya naik..smpaikn sya sdri yg tpksa p cek adakah da pasang tali blum..diorg x pentingkn safety lgsg..ikut dan je lantak la kn ank org..bila da jd cmni baru berakai majikan yg lantik warga asing tu bkerja kt mainan ti..diorg x cek btol2 pn bila ank kita naik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...