#LIMA2015 Aset terbaharu TUDM yang gempak ini akan dpamerkan..


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mempamerkan aset terbaharunya, pesawat Airbus Military A400M yang tiba di tanah air, semalam pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (Lima '15) bermula 17 hingga 21 Mac ini.

 Panglima Tentera Udara TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad berkata, pesawat pengangkut termoden itu akan membuat terbang lintas dan diperkenalkan secara rasmi buat pertama kalinya sewaktu perasmian Lima ’15, esok.

 “Seterusnya pesawat berkenaan akan dipamerkan kepada orang ramai sepanjang Lima ‘15 berlangsung,” katanya pada sidang media selepas sambutan ketibaan pesawat A400M dari Seville, Sepanyol di Pangkalan Udara Subang.

 Ketibaan pesawat A400M diketuai oleh Leftenan Kolonel Masro Kaliwon dengan dibantu oleh tiga juruterbang dan empat orang Kuartermaster Udara. Pesawat yang tiba ini, merupakan pesawat pertama dari empat buah pesawat A400M yang dibeli Malaysia, dengan tiga lagi akan tiba secara berperingkat, dua pada tahun ini, manakala pesawat keempat pada suku pertama 2016. Menurut Roslan, pesawat A400M akan menawarkan TUDM keupayaan pengangkutan berat paling canggih di rantau ini dan melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan serta kemanusiaan yang luar biasa.

 Katanya, bagi mempertingkatkan persediaan pengoperasian pesawat A400M, TUDM menghantar sebilangan pegawai dan anggota menjalani latihan secara berperingkat sejak September tahun lalu.

 “Setakat ini, 16 pegawai juruterbang dan pegawai kejuruteraan serta 30 anggota loadmaster dan juruteknik menjalani khusus asas di Pusat Latihan Antarabangsa di Seville, Sepanyol,” katanya.

 Beliau berkata, TUDM juga tidak berhasrat menggantikan mana-mana pesawat sedia ada termasuk pesawat pengangkut Hercules-130 atau Charlie dengan adanya pesawat A400M ini. “Kami jangkakan dalam tempoh tiga bulan lagi untuk pesawat ini beroperasi sepenuhnya,” ujarnya.

 Sementara itu, juruterbang TUDM pertama yang menerbangkan pesawat A400M, Kapten Masro berkata, ia satu penghormatan kepadanya bagi membawa pulang pesawat itu ke tanah air dari Seville, Sepanyol. “Ini amanah rakyat Malaysia terhadap saya. Justeru, tanggungjawab saya memastikan pesawat ini dibawa pulang dengan selamat,” katanya. Berkongsi pengalaman menerbangkan pesawat itu, Masro berkata, pesawat A400M berciri moden, canggih serta lebih baik daripada pesawat pengangkut lain.

 Airbus A400M Atlas hampir dua kali lebih besar berbanding Hercules dan diperkasakan dengan empat enjin dengan 11000 kuasa kuda setiap satu. Setiap enjin memutarkan kipas lapan bilah dan mampu membawa kargo sehingga 37,000 kilogram. Selain itu, pesawat ini boleh membawa seramai 116 anggota payung terjun.

 Pesawat itu juga berkeupayaan melakukan pengisian minyak ketika di udara dengan jarak penerbangan maksimum melebihi 8,000 kilometer.

3 comments:

Bingai @ Bangang said...

Nanti ada yang kata pesawat ni tak boleh terbang. hehehe

Anonymous said...

Haaa pasal kipas dia terbelah2 tak macam kipas kapal terbang biasa.....hehehe....tak boleh terbang tuhhh nak kena sorong.....hehehe......

Anonymous said...

Rafizi vavi mana tak nak komeng ke. Amboi, dia lah yg tau segalanya, membazirlah, selewnglah, sial punya budak, tuih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...