tag:blogger.com,1999:blog-4544128794884043737.post6306986532656482873..comments2024-02-16T12:17:46.692+08:00Comments on Anak Seberang: Sadis! Anak-Anak Yatim Telah Dihalau Dari Rumah Perlindungan Di Rawang? Ikuti Penafian Scom Yang Difitnah!iAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07650954256731515880noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-4544128794884043737.post-32726248949025934542012-08-14T10:59:25.288+08:002012-08-14T10:59:25.288+08:00Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat ...Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.<br /><br />Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.Yayasan Scomihttps://www.blogger.com/profile/12963437550031264373noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4544128794884043737.post-64754561530234266512012-08-14T10:48:45.064+08:002012-08-14T10:48:45.064+08:00This comment has been removed by the author.Yayasan Scomihttps://www.blogger.com/profile/12963437550031264373noreply@blogger.com