Koleksi Petua-Petua Elak Surcaj Pemuliharaan Air Pulau Pinang :)


Pendahuluan

Sejak Merdeka, rakyat Pulau Pinang mempunyai suatu keistimewaan yang dicemburui rakyat negeri dan negara lain. Bekalan airnya telah diurustadbir dengan cemerlang. Kecemerlangan ini membolehkan rakyat Pulau Pinang menikmati kualiti air yang tinggi dengan harga yang paling murah.

Pada bulan September 2010, keistimewaan ini telah mulai dihapuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. Ini berpunca dari kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menguruskan perbekalan air dengan baik. Kemerosotan keuntungan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang amatlah memalukan.

Untuk membantu hampir 130,000 isirumah yang akan dianiaya oleh Kerajaan DAP, berikut adalah petua-petua pilihan untuk mengelak surcaj pemuliharaan air:


1) Kurangkan kekerapan mandi. Jika, dua kali sehari, tukar ke sekali. Jika 1 kali sehari, tukar ke 1 kali dalam 2 hari. Wakkakakka. Di masa dulu, bangsa Mongolia amat jarang mandi kerana hendak menjaga kesucian dan kebersihan sumber air, mungkinkah ini yang Guan Eng mahu kita teladani? Mungkin ini caranya, bangsa Mongolia menakluki dunia?

2) Atur masa buang air kecil atau gunakan botol-botol 1 liter. Jika setiap ahli keluarga membuang air kecil pada masa-masa yang berbeza, sekurang-kurangnya 10 liter air akan terbazir setiap kali. Jika hampir kesemua ahli keluarga boleh membuang air kecil pada tempoh yang sama, orang yang terakhir sahaja yang perlu mengepam mangkuk tandas. Jika ini tidak dapat dipraktikkan, untuk lelaki, kencing terus ke dalam botol mineral 1 liter, tuang keluar selepas beberapa botol telah dikumpul. Wakkakakkakakak.

3) Guna air sungai, parit atau longkang. Jika di rumah anda ada ditanam sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok buah guna air sungai, air parit atau air longkang yang berdekatan.

4) Cuci pinggan-mangkuk tidak lebih dari sekali dalam sehari. Sediakan satu baldi besar, longgokkan dalam baldi tersebut. Jika ahli keluarga berupaya tahan bau busuk, kekerapan boleh ditukar kepada sekali setiap 2 hari.

5) Menadah air dari tingkat atas. Banyak rakyat Pulau Pinang menghuni di rumah pangsa, pengubahsuaian yang kecil boleh dibuat kepada saluran paip untuk menadah air cucian tangan & air mandian dari tingkat atas. Air ini boleh digunakan untuk tumbuhan dalam pasu, cuci kereta, cuci lantai dan sebagainya. Pandai-pandai-lah.

6) Berperam di rumah. Berperamlah di rumah terutamanya pada hari yang panas terik. Ini mengurangkan air yang perlu diminum, baju-baju kotor yang perlu dibersih, dan juga mengurangkan keperluan untuk mandi.

7) Botakkan kepala. Rambut yang pendek senang dicuci, air kurang digunakan. Oleh itu, pembotakkan kepala adalah pilihan yang bagus. Ini juga membolehkan seseorang yang botak itu menikmati tuipan angin yang nyaman, dan menggurangkan kadar perpeluhan dan secara otomatik menggurangkan keperluan untuk mandi.

8) Berhenti mencuci kereta. Kereta yang tidak dicuci tidak akan menggurangkan prestasinya, malah kereta sedemikian berkemungkinan besar tidak diminati pencuri kereta. Tetapi, yang penting adalah penjimatan air. Jangan berasa malu, tindakan ini adalah untuk pemuliharaan air Pulau Pinang.

9) Kurang bersukan. Aktiviti bersukan meningkatkan kadar perpeluhan, ini memerlukan seseorang itu mandi lebih kerap, minum lebih banyak air dan baju-baju sukan perlu dibasuh. Jika, perlu bersukan, aktiviti sukan seperti badminton, skuasy dan bolasepak seboleh-bolehnya dielakkan. Sukan seperti berenang lebih sesuai kerana sambil berenang sambil mandi.

10) Guna pakaian nipis. Pakaian yang nipis terutamanya daripada kapas menggurangkan perpeluhan. Dengan ini, pakaian yang sama boleh dipakai untuk beberapa hari. Jika perlu, minyak wangi boleh digunakan.

11) Mengguna air bawah tanah Kampung Buah Pala. Semasa kemarau di masa--masa dahulu, banyak rakyat telah menggunakan air dari Kg Buah Pala. Air bawah tanah Kg Buah Pala adalah air yang berkualiti tinggi. Walaupun, kampung ini telah dimusnahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tuan Lim Guan Eng,air bawah tanah itu masih wujud...pandai-pandai ikhtiarkan....

Setakat ini sahaja, akan ditokok-tambah lagi petua-petua bernas ini di masa-masa hadapan.

Sebahagian besar daripada petua-petua di atas diadaptasikan dari Petua-Petua Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang

3 comments:

  1. Aduh, banyak sangat lah tip yang diberi... Tip aku senang aje,... tebuk je paip utama bawah tanah, dan salurkan kedalam tangki depan rumah... Tiap2 orang buat benda sama... Pastikan tangki tu besar, macam tangki nak tadah air hujan. Siapa tengok, sure kata tangki untuk tadah air hujan. Sure jimat punya...

    ReplyDelete
  2. Kurangkan mandu wajib, dari 3 atau 4 kali seminggu ke 1 kali dalam 1 bulan... ok ker ?

    Nanti orang PAS marah pulak, bini ada 3,4 mana boleh kurangkan mandi wajib.

    ReplyDelete