PULAU PINANG 1 Okt. - Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini gagal mempertahankan rumah masing-masing daripada dirobohkan pemaju.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak untuk melanjutkan tempoh penangguhan pelaksanaan arahan pengosongan dan merobohkan rumah mereka oleh pemaju.
Hakim Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian pada prosiding pukul 9.30 pagi ini yang hanya dihadiri oleh peguam dari firma guaman, Tetuan Kwang Lim & Azmi yang mewakili pihak pemaju, Mission Fairway Sdn. Bhd.
Keputusan itu dibuat hakim berkenaan selepas dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Mission Fairway selaku pihak plaintif bahawa peguam yang mewakili penduduk kampung tersebut, Nasrul Omar tidak hadir dan gagal dihubungi.
''Saya cuba hubungi telefon bimbit peguam defendan tetapi tiada nada dering.
''Saya juga cuba hubungi pejabatnya, kedengaran seolah-olah talian sudah dipotong, tidak aktif lagi,'' kata peguam tersebut yang enggan namanya dikenali.
Sepanjang prosiding itu juga, tiada seorang pun kelibat penduduk Kampung Jalan Pokok Asam kelihatan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, Mohamed Yusoff Mohamed Noor ketika dihubungi memberitahu, kerajaan negeri telah berjanji untuk membela nasib penduduk.
''Setakat ini tiada keputusan mutlak secara hitam-putih bentuk pampasan yang kerajaan negeri akan beri kepada penduduk.
''Apa pun, kita akan usahakan untuk memindahkan mereka di sekitar kawasan ini,'' ujarnya.
Pada 30 Jun lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir pemaju yang membawa bersama jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di kawasan itu.
Bagaimanapun, selepas perbincangan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan kampung itu ditangguhkan.
Mahkamah Sesyen juga membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan arahan pengosongan itu sehingga hari ini bagi membolehkan pemaju dan penduduk mencari jalan penyelesaian.
Difahamkan, kampung berkenaan yang berusia kira-kira 100 tahun akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju dari Kuala Lumpur.
AS:

Berjanji memang mudah. Sebelum dapat, bulan dan bintang pun semua dijanjikan. Bila dah menang PRU 12, mana janji-janji manis mu Lim Gone Eng??
Mana pergi suara2 PAS dalam Pakatan Rakyat???? Kenapa jadi bacol sangat??? telor PAS sudah pecah ka???
Melayu semakin diusir secara terang terangan..memang itu matlamat dap.enghapusan etnik..melayu dalam kerajaan pp,serupa tak ada..hanya kuda tunggangan dan balaci dap, boneka..
Penghuni disana dijanjikan pampasan... itu yang senyap. Tapi bila tanya, tak tahu berapa dapat... besok dah runtuh, roboh, dapat ciput baru nak melalak, tak adil... waktu ni tak nak pertahankan,... bongok betul orang melayu Pokok Asam. Sikit2 orang Melayu di usir dari Pulau Pinang. Belah Penang naik kondo harga ratus ribu, ada Melayu nak beli ke... Last semua lari ke seberang sebab kat sini masih ada flat2 yang didirikan oleh kerajaan BN dulu. Tu pun la ni ramai berebut pi cabut undi kat PERDA,..tapi sayang bila rumah dapat, loan tak lulus, walaupun harga RM30000. Sebab apa, bank siapa control...C*** Lu Pikir lah sendiri....
ReplyDeleteSalam ziarah,
ReplyDeleteIzin kan saya follow blog saudara dan link kan dalam blog saya.
selamat berjuang untuk agama,bangsa dan negara..