“Siapa buat cerita kadar tarif air hendak naik,” -MB Kedah


“Siapa buat cerita kadar tarif air hendak naik,” - kata MB Kedah, Azizan Razak..tapi hari ni SADA umumkan kenaikan tarif air sebanyak 44%...hehehe Ustaz Azizan ternyata telah menipu rakyat Kedah, hari ni terbuktilah MB Kedah kaki kelentong...muhong la lagi!!!!

Minggu lepas SADA (Syarikat Air Darulaman a.k.a Syarikat Air Dato Azizan) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri meraikan pelanggan, rakan perniagaan dan para pemimpin Kerajaan Negeri dari PAS.

Majlis berlangsung dengan meriah, senyum ketawa meraikan tetamu dengan hidangan pelbagai jenis makanan.

Namun, tanpa sesiapa sedari disebalik senyum tawa Pegawai SADA dan Pemimpin Kerajaan Negeri itu mereka menyembunyikan satu rahsia bahawa “kami akan meragut duit dalam poket anda dengan menaikkan tarif air”.

Hari ini SADA telah mengumumkan kenaikan tarif air, yang amat tinggi sehingga 44 peratus yang menyaksikan pemilik rumah perlu menambah sekurang-kurangya RM10 bagi membayar bil air.

Apabila UMNO mendedahkan rancangan kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air pada awal tahun lepas, Ustaz Azizan seperti biasa menafikan cerita itu, malahan menyalahkan UMNO dengan mendakwa UMNO menakutkan rakyat dengan cerita itu.

Bagi menafikan dakwaan itu Azizan dipetik berkata “Siapa buat cerita kadar tarif air hendak naik,”. Nah sekarang terbukti kadar tarif sudah naik, naik bukan sedikit tetapi sehingga 40 peratus.

Alasan SADA kenaikan itu kerana kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat dan ia tidak pernah dinaikkan sejak 17 tahun lepas.

Ini jawapannya.

Kos pengeluaran dan pengurusan yang meningkat tidak harus dengan mudah dibebankan kepada pengguna, kalau mengamalkan konsep seperti itu sesiapapun boleh menjadi pengurus di SADA.

Asal naik kos, salurkan kenaikan itu kepada pengguna. Asal hendak menambah untung beban kepada pengguna.

Pengurusan yang hebat dan cekap akan mencari jalan bagaimana hendak menyerap kos pengeluaran dan pengurusan yang meningkat itu tanpa membebankan pengguna.

Kos pengurusan yang meningkat juga berpunca daripada pentadbiran yang tidak cekap. Tertanya juga berapa banyakkah yang dibelanjakan oleh SADA untuk membeli sebegitu banyak pacuan empat roda Nissan X-Trail.

Pengkorporatan seharusnya menjadikan pengurusan SADA lebih cekap, lebih kos efektif dan perkhidmatan yang berkualiti.

Tetapi sebaliknya berlaku, perkhidmatan bekalan air makin teruk, kos operasi makin meningkat.

Sada mendakwa kos operasi meningkat kerana bilangan pengguna yang bertambah, penggunaan air yang bertambah dan kos bahan kimia yang bertambah.

Dari sudut perniagaan, pertambahan bilangan pengguna dan penggunaan air adalah sesuatu yang bagus kerana ia menjadikan pendapatan SADA bertambah.

Pertambahan pendapatan SADA itu sepatutnya dilaburkan kembali bagi memberi perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus, tekanan air yang tinggi dan tidak lagi terputus bekalan air.

Yang peliknya, semasa pendapatan bertambah, SADA juga menaikkan tarif air. Tamak sangat ka SADA ni sampai tidak fikir kesan kepada pak cik yang kerja kampung, yang bagi mereka RM10 itu besar nilainya.

Secara tidak langsung SADA mengakui pengurusan mereka tidak cekap kerana terpaksa menaikkan kadar tarif apabila kos pengurusan meningkat, dan pada masa yang sama mereka mengakui kehebatan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang tidak mengambil jalan mudah menaikan tarif air.

SADA berkata kadar tidak pernah dinaikkan sejak 17 tahun lepas, iaitu sejak 1993, semenjak Kedah berada di bawah Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff lagi.

Kenyataan itu adalah satu pujian kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dahulu. Selama 15 tahun kerajaan Barisan Nasional tidak menaikkan tariff air tetapi tetapi datang kerajaan PAS yang berusia 2 tahun setengah terus naikkan tarif air.

Ustaz Azizan perlu diingatkan kembali tentang janjinya mahu membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Kedah, tetapi tindakan menaikkan kadar tariff hanya membawa kesusahan kepada rakyat.

sumber : Kedah Times

No comments:

Post a Comment