Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.
Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA). Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.
Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.
Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.
Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.
Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.
Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik. KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.
MOHAMED AZMIN ALI
AS: TU DIA.. PEMBACA DAPAT LIHAT DAN NILAIKANLAH SENDIRI..
KALAU PENDEDAHAN DARI ORANG MALAYSIA DIA TAK PERCAYA, ORG BERSUMPAH DIA TAK PERCAYA, SIASATAN POLIS PUN DIKATAKAN KONSPIRASI..
YANG NI SUMBER DARI WIKILEAKS DAN AGENSI PERISIKAN SINGAPURA PUN DIKATAKAN FITNAHH JUGAK... AS TAK TAU NAK KATA APA DAH..
MANA FAKTA DAN BUKTI YANG MENGATAKAN POLIS MALAYSIA DAN SINGAPORE BERPAKAT?
BUKANKAH OJUAK PAKATAN HAROM JUGA YANG DUK RIUH BANGGA BILA LEE KUAN YEW BUAT KUNJUNGAN KEPADA LIM GUAN ENG DAN NIK AJIS? SAPA YG MELUTUT KAT SAPA NI? BUKAN ANWAR BALACI US DAN ISRAEL SEKUTU UTAMA SINGAPORE?
CUBA LA PEMBACA BAYANGKAN JIKA PENDEDAHAN WIKILEAKS NI TELAH MENJATUHKAN IMEJ DS NAJIB ATAU MANA-MANA PAK MENTERI, MAKA RAYA SAKAN LA PUAK PAKATAN HAROM NI PUKUI CANANG 3 HARI 3 MALAM MAIN ISU NI.. BETUI TAK?
ADUYAII AZMIN, HANG DUK DENDIAM LA, NAK JILAT 'ABANG' HANG TU PATUT PADAN LA!
NIH, HANG JAWAB TUDUHAN ADIK KANDUNG HANG SI UMI HAFILDA YANG TERSEBAR LUAS HARI NI..
ADIK SENDIRI SURUH HANG BERTAUBAT, HANG NAFIKANLAH APA YANG DIA KATA DULU..
NI DUK SIBUK2 BELA 'BRADER' DIA, LEBIH SUDU DARI KUAH..
MINN OH MINNN..
Laaaa
ReplyDeleteIngatkan chek aja yang penin dengan Azmin sekoq ni,ghupanya ghamai lagi yang penin.Tapi takpa lah,depa suma dah kena pasemboq anwaq yang pekat tu...
Gelinya. Awat Azmin ni? Dah tak dapat melupakan pengliwatan semalam?
ReplyDelete