Hot! Pakatan DAP Celaka Terus Bermaharajalela Tindas Melayu PP!


Garapan theunspinners berkenaan kejadian roboh bengkel di Jelutong Penang yang didalang oleh seorang jawatankuasa setempat PKR ke atas pengusaha bengkel Melayu kerana tidak mahu masuk PKR.

Setelah membuat hal dan kacau-bilau dengan peniaga kedai makanan Mamak Islam yang berlesen, barang perniagaan mereka disita dan terganggu perniagaan mereka, sekarang Kerajaan Pulau Pinang dan MPPP merobohkan pula sebuah bengkel motosikal milik orang Melayu di Jalan Jelutong pula. Sikap rakus DAP yang bertambah biadap dan angkuh itu jelas menunjukkan sikap racist mereka apabila merobohkan bengkel motosikal milik orang Melayu.

Pemiliknya Mohd Yaacob Mohd Noor mendakwa pernah didatangi oleh pemimpin parti politik dan meminta beliau dan rakan-rakannya menyertai parti politik tersebut, namun Mohd Yaacob menolak dengan alasan tidak berminat untuk menceburi bidang politik katanya. Beliau mendakwa dia diperlawa untuk meyertai parti politik itu sebanyak 3 kali oleh pemimpin berkenaan, dan berjumpa buat kali yang terakhir pada Disember lalu tambahnya lagi.
Berkaitan dengan ini, Setiasaha Cabang PKR Jelutong, Khairul Anuar bin Kamarudin membuat laporan polis semalam di Balai Polis Jelutong terhadap Mohd Yaacob Mohd Noor kerana didakwa memftnah dan menuduhnya memaksa Mohd Yaacob menyertai PKR. Ini nak cover line.

Mohd Yaacob menegaskan pertemuan terakhir itu seolah-olah memberi amaran kepada beliau dengan berkata "takpa" oleh pemimpin tersebut.

Difahamkan, Mohd Yaacob tidak pernah menghantar pelan kepada MPPP selain mendirikan bengkel tersebut ditanah milik orang, dan mendapat kebenaran bertulis untuk mendirikan bengkel bengkel disitu. Malah beliau mempersoalkan tindakan MPPP merobohkan bengkelnya kerana Mohd Yaacob mempunyai lesen perniagaan yang sah katanya. Beliau pernah menerima surat amaran daripada MPPP tentang sekatan dalam parit, tetapi beliau telah membersihkannya dan selama 2 tahun kawasan berkenaan tidak pernah berlaku banjir sepanjang bengkelnya beroperasi.

Kedudukan kedainya pun tidak menghalang lalu-lintas seperti kedai-kedai dan premis-premis makanan dibandar, tetapi tidakan kasar terus diambil oleh MPPP untuk merobohkan bengkelnya tanpa diberi notis beramaran. Mohd Yaacob berkata kerugian yang dialami olehnya adalah sebanyak RM 150,000 akibat tindakan MPPP yang tidak bertimbangrasa itu. Kerja-kerja perobohan itu bermula jam 10 pagi dan selesai sejam kemudian.
Tindakan meroboh bengkel motorsikal Mohd Yaacob pada 11hb baru-baru ini didalang oleh Khairul. Dia juga yang bersekongkol dengan Ng Wei Aik dalam insiden di restoran nasi kandar di Leboh McCallum pada Januari 2hb baru-baru ini.

Mohd Yaacob akan membuat laporan polis terhadap tindakan biadap Kerajaan Pulau Pinang dan MPPP atas apa yang berlaku hari ini katanya. Nampaknya MPPP dan Kerajaan Pulau Pinang semakin angkuh dan biadap melakukan apa yang dirasakan benar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai hati perut terhadap rakyat sekitar itu.

Selama pemerintahan Kerajaan DAP di Pulau Pinang, tidak pernah didengar lagi berita bahawa bangsanya (DAP) dihalau, diusir dan disuroh tutup perniagaan mereka. Kerajaan DAP semakin biadap dan RACIST apabila melebihkan kroni-kroninya agar mereka tetap berkuasa di Pulau Pinang.
Zalim betul ...

Rupanya kezaliman itu belum berakhir lagi.

Khairul bersama Ketua Cabang, Shahul Hameed Mik Mohamed Ishack membuat sidang akhbar di markas PAS Jelutong untuk menafikan perkara penglibatan mereka mendalangi perobohan dan memaksa masuk PKR. Mereka menuntut Mohd Yacob minta maaf dalam tempoh 7 hari. Jika tidak, tindakan undang2 akan diambil terhadapnya.

Inilah PKR.

Bagi yang tidak mengenali Shahul Hameed, dia pernah nak bertanding sebagai bebas pada tahun 2008 tapi undur diri konon keluarga tak izin. Pastinya ada wang dalam perkiraan kerana anak Karpal, Jagdeep tidak boleh menang. Sepupunya Badrul Zaman P.S. Md Zakariah pun sama nak bertanding.

Shahul juga pernah dilaporkan menyatakan beliau tak iktiraf Agong, dan Sultan kerana mana beliau pernah membaca buku di Jakarta bahawa Raja-Raja adalah keturunan lanun.

Bodoh bangang PKR ... buku sejarah orientalis yang anggap raja-raja Melayu lanun. Tak fikirkah dia Inggeris, Portugis, Sepanyol dan Belanda yang datang menjajah Nusantara Melayu itu lebih teruk dari lanun?

Setiap kali penjajah datang, ada saja dalang yang buka pintu. Melaka jatuh kerana Melayu pendengki jadi tali barut Portugis. Pedagang Cina membantu Portugis masuk setelah kalah beberapa kali untuk menembusi pertahanan Melaka.

Bila berkuasa Melayu tali barut dan Cina pedagang ini bermaharajalela. Macam sama saja cerita

No comments:

Post a Comment