Tuduhan PKR yang mengatakan UMNO cuba memujuk pemimpin cabangnya keluar parti dengan tawaran wang ringgit dan projek bernilai adalah tidak benar sama sekali.
Bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, tuduhan seperti itu adalah tidak berasas kerana parti yang sebenarnya menjanjikan jawatan dan habuan kepada anggota yang keluar, adalah PKR sendiri.
Menurutnya, sebagai contoh, Datuk Chua Jui Meng yang keluar dari MCA dan menyertai PKR terus ditawarkan jawatan Pengerusi PKR Johor, begitu juga dengan Datuk Dr Jeffry Kitingan yang ditawarkan jawatan Naib Presiden manakala Datuk Zaid Ibrahim terus boleh bertanding mewakili PKR pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tahun lalu.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin ini menyertai PKR kerana Anwar telah dijanjikan sesuatu dan tidak perlu melalui proses biasa seperti yang dilalui oleh anggota-anggota parti lain.
“Sebenarnya, pemimpin PKR tidak kira di peringkat atasan ataupun bawahan keluar parti atas kesedaran diri sendiri kerana mereka menyedari PKR sebuah parti yang tiada masa depan.
“Seperti kebiasaan, pemimpin PKR akan menyalahkan UMNO jika ahlinya keluar kerana mereka mahu menyembunyikan kelemahan diri sendiri, tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kasim pula mencabar pemimpin PKR mendedahkan bukti jika benar terdapat dakwaan yang mengatakan UMNO dalang di sebalik tindakan ahlinya keluar beramai-ramai.
Katanya, perkara ini perlu dijelaskan supaya rakyat tidak lagi terkeliru kerana PKR sudah terlalu lama dibiarkan dengan menyalahkan orang lain sedangkan ahlinya yang keluar adalah atas kesedaran sendiri.
“Sebagai contoh tindakan saya keluar PKR, ramai yang mengatakan saya mendapat wang ringgit dan projek, tetapi sampai sekarang tiada, jadi keluarkanlah bukti, jangan tuduh sembarangan sahaja,” katanya.
Bekas Setiausaha Agung Angkatan Muda Keadilan (AMK), Johari Md Yassin pula menyifatkan tuduhan PKR sudah dijangka kerana sekarang adalah musim pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau.
Katanya, sebelum ini pemimpin PKR sering menuduh dan mempunyai bukti bahawa UMNO adalah dalang kenapa ahlinya keluar parti tetapi sehingga hari ini bukti tersebut langsung tidak pernah didedahkan.
“Perkara ini hanya tuduhan semata-mata, kenyataan yang mengatakan UMNO salah boleh ‘dibakulsampahkan’ kerana mereka tidak cermin diri sendiri,” katanya.-sinar harian
Assalam Bro
ReplyDeleteTak payah dipujuk-pujuklah mereka tu bukannya ikhlas berjuang untuk rakyat. Apa pun kebanyakan mereka adalah bekas pemimpin UMNO yang kecewa. Buat apa kita kutip pemimpin recycle ni. Cakap mereka pun rakyat dah tak percaya.