Seminggu 3 Kali Saja Dah Dapat Rm 2,200!
AS: Alhamdulillah. Bersyukurlah atas kurniaan Ilahi ini. Mana puok pakatan haram yang selalu terpekik terlolong meroyan meraban? Bila kena tang penoreh ada masyuk awat tanak demo marahkan kerajaaan??Lebih 350,000 pekebun kecil getah terutama 187,074 yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah sendiri dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi itu meningkat secara berperingkat sejak 2009.
Kini, harga semasa mencapai RM17.05 sekilogram (sekg), manakala harga di ladang ada yang mencecah sehingga RM9 sekg, sekali gus meletakkan sebahagian besar pekebun kecil hidup di luar taraf kemiskinan.
Pekebun kecil yang memiliki tanah seluas sehektar, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata kerja menoreh yang dilakukan antara 20 hingga 22 hari sebulan itu membolehkan beliau memperoleh lebih 1,000 kg susu getah.
Bapa tiga cahaya mata yang menetap di Kampung Teknologi RISDA, Kampung Sawa Besar di Pendang, berkata jumlah berkenaan membolehkan beliau memperoleh pendapatan kasar mencecah RM7,200 sebulan berdasarkan harga getah di ladang sebanyak RM7.20 sekg sekarang.
“Pendapatan sekarang macam langit dan bumi berbanding sebelum 2009, ketika itu nak dapat lebih RM1,000 sebulan pun sukar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohd Sapri Abdul Aziz, 49, pula menganggap pemantauan berterusan pegawai RISDA banyak membantu untuk memastikan semua pekebun kecil menjalankan kerja torehan dengan betul.
“Setakat ini, bagi tiga kali torehan seminggu saya boleh dapat sehingga RM2,200 dan sebulan boleh mencapai lebih RM7,000 sebulan,” katanya yang kini menggunakan Toyota Hilux bernilai hampir RM90,000 untuk berulang alik ke kebun getahnya sejak tiga bulan lalu.
Selain itu, penduduk Kampung Sawa/Kampung Teknologi RISDA di Pendang ini juga bijak mencari alternatif apabila menoreh pada waktu malam.
Mereka berbuat demikian kerana menoreh pada waktu malam menyebabkan pengeluaran susu getah tidak terjejas, walaupun pada musim panas dan daun luruh sekali gus membolehkan mereka mengaut keuntungan ketika harga getah tinggi, iaitu hampir RM7.50 sekilogram.
Tinjauan Berita Harian di kampung itu malam kelmarin, mendapati lebih 30 penduduk mula berkumpul selepas solat Isyak di satu kawasan di kampung itu sebelum memasuki kebun getah masing-masing untuk menoreh bagi memastikan keselamatan terjamin.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata idea penduduk untuk menoreh pada waktu malam nyata berhasil apabila kebanyakan mereka mendapat hasil 50 kilogram (kg) getah sekerap bagi setiap hektar, berbanding hanya 35 kg jika menoreh pada waktu siang.
“Kami mula menoreh pada waktu malam sejak Januari lalu kerana tidak mahu pendapatan terjejas berikutan musim panas dan daun luruh yang dijangka berlarutan dua bulan lagi.
“Kami lega apabila usaha ini berhasil kerana hasil yang dicatatkan lebih berbaloi. Penduduk juga tidak bimbangkan keselamatan mereka kerana keluar beramai-ramai menoreh sehingga kecoh suasana dalam kebun getah,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, penduduk Kampung Banggul Katong, Mukim Serada, Kuala Terengganu, Ibrahim Ali, 71, turut mengakui pendapatan lebih RM6,000 yang diperoleh ketika ini boleh meningkat jika penjagaan pokok lebih berjadual dengan taburan baja dan racun secara berkala.
Katanya, harga getah di ladang yang mencecah RM8.30 sekg membolehkan beliau mendapat hasil sebanyak 407 kg hanya untuk torehan selama empat hari, minggu ini.
“Bagaimanapun, faktor daun yang luruh kebelakangan ini menyebabkan hasil agak menurun dan dijangka meningkat sedikit masa lagi,” katanya-Bernama
penoreh getah dapat pakai hilux bangggggggg...adoi.....aku yang kerja makan gaji ni..nak tukar tayar kereta wira pun fikir seratus kali..
ReplyDeleteSYUKURLAH... SEMOGA ORANG2 KAMPONG PANDAI BERJIMAT CERMAT... APA YANG PEGAWAI2 AMANAH SAHAM BUMIPUTRA DOK TUNGGU... MASUKLAH KEKAMPONG2...BUAT KEMPEN MENABUNG SEMENTARA GETAH TENGAH MAHAL NI...
bagi penerangan dan tunjuk ajar bagaimana hendak melabur... jangan sia2kan peluang ini... kepada saudara2 dikampong...janganlah boros...... mungkin harga getah akan naik lagi kerana harga minyak sedang meningkat... orang pakatan tuduh semua ni BN yang menyebabkan harga getah tinggi.. kalau orang2 kampong rasa mereka senang sebab getah naik harga maka eloklah mereka terus menyokong kerajaan BN. GETAH MAHAL KERANA BN