Merujuk kepada entry AS semalam, rujuk SINI, ternyatalah LGE musibat seorang pembohong besar. Ternyatalah YB Farid sedikitpun tak gentar dengan ugutan dari LGE musibat kepadanya yang menyuruh memohon maaf dalam tempoh 7 hari dan akan diambil tindakan sekiranya YB Farid tak melakukannya.
Syabas AS ucapkan kepada YB farid kerana berani menunjukkan penipuan LGE secara berfakta. LGE musbat cina melaka mari mana tau apa, mai jadi CM di Penang tau nak tunjuk eksyen saja. Lawan tetap lawan YB Farid! Jangan bagi muka ini apek pijak kita punya kepala.
LGE Musibat! AS semalam bagi 7 hari jugak pada lu buktikan yang sumber risalah My Balik Pulau ni dibiayai oleh UMNO! Kenapa sekarang masih membisu? Buktikanlah cepat! Dari sini kita dapat lihat LGE mempunyai niat jahat memesongkan fakta sebenar terhadap generasi baru. Apatah lagi penyelidik risalah ni dikatakan ada 'masalah' seperti yang dibongkar oleh blog MIM dan Empayar Pemuda..
ADUN Betong Muhammad Farid Saad tetap enggan memohon atau menarik balik kenyataannya berhubung risalah yang diedarkan sekitar Balik Pulau kerana menjadi tanggungjawabnya menunjukkan kesalahan secara berfakta.
Muhammad Farid (kanan) berkata beliau tidak berniat menimbulkan ketegangan kaum menimbulkan kebencian antara pelbagai komuniti di Balik Pulau dengan menuding jari kepada risalah itu, seperti didakwa ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Pemimpin Umno itu berkata beliau sendiri membesar dan bersekolah antara kawan-kawan berbilang bangsa - Cina dan India - di kawasannya.
"Saya faham perasaan dan hati budi pelbagai kaum; saya membesar di Balik Pulau, di mana kawasan majoriti Cina, saya lebih tahu tempat ini daripada Lim yang berasal daripada Melaka, kata Muhammad Farid.
"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan semua anggota masyarakat hidup dengan aman, saya tidak akan timbulkan isu perkauman atau timbulkan kebencian di sini... Jika diizinkan Allah, saya harap dapat bersara di tempat ini," tambahnya.
Semalam Lim menuntut Muhammad Farid memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas satu risalah My Balik Pulau yang didakwa "menghina orang Melayu."
Lim juga meminta Muhammad Farid meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri atas "fitnah jahat" itu atau menghadapi tindakan tegas kerana risalah itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.
Muhammad Farid hari ini bagaimanapun tetap bertegas, My Balik Pulau, yang didakwanya mengandungi fakta yang salah tentang sejarah tempat itu didanai oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat.
Dakwanya, risalah 12 halaman itu dicetak pada tahun lalu dan diedarkan di sekolah-sekolah di Balik Pulau pada Januari tahun ini.- mkini
kalau Lee kuan Yew ini Najib dah lama dah orng macam Guan Eng di ISA Kan.
ReplyDelete