Adakah Ini Tanda Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan PAS Kedah ?
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui bantuan pertanian bernilai RM13 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak mendapat sambutan sewajarnya daripada warga tani di negeri ini.
Beliau mendakwa, bantuan tersebut yang disalurkan melalui Jabatan Pertanian negeri itu untuk membantu petani mengusahakan pertanian dan ternakan didapati permohonan amat berkurangan.
"Mereka (petani) tak faham dan tak tahu ada bantuan ini, jadi mereka tak minta, walhal sepatutnya mereka boleh mendapatkan bantuan ini jika memenuhi syarat-syarat ditentukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Ladang Nanas Laka Temin di sini, hari ini.
Azizan berkata, terdapat sesetengah petani yang menyangka bantuan tersebut diberi hanya ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah walhal kerajaan negeri pimpinan Pas juga meneruskan bantuan berkenaan.
Beliau berkata, bantuan berkenaan antaranya baja, benih, bahan-bahan asas pertanian dan peralatan.
Katanya, para petani hanya perlu pergi ke pejabat jabatan berkenaan untuk mendapatkan bantuan itu selain mengemukakan bukti memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri juga mempelawa para petani mengusahakan tanaman kontan dan ternakan di tanah-tanah terbiar di tempat tinggal mereka.
"Ketua-ketua kampung boleh memainkan peranan membantu petani yang hendak mengusahakan tanah terbiar dengan memberitahu mereka perkara ini.
"Mereka juga boleh mengenal pasti tanah tersebut dan membuat proses seterusnya dengan Pejabat Tanah di kawasan masing-masing," jelasnya.
Menurutnya, antara tanaman yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara ialah nanas, pisang, betik dan mempelam.
__________________
No comments:
Post a Comment