KJ Nak Jadi Popular Pun Biaq Bertempat!


Cadang saman ekor diganti sistem lebih adil

Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar sistem saman yang lebih adil diperkenalkan bagi menggantikan saman ekor yang didakwa tidak memberikan keadilan kepada pengguna jalan raya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat banyak keraguan yang timbul ekoran daripada tindakan mengeluarkan saman tersebut.

“Kita sudah bangkit lama mengenai isu ini dan saya harap kerajaan dapat lihat semula satu sistem yang lebih baik kerana saya lihat banyak keraguan dari segi keadilan.

“Kadangkala memang betul juga orang cakap notis itu bukan saman tapi sebenarnya notis dan mereka tidak dituduh di mahkamah atau dibawa ke mahkamah menyebabkan tidak berpeluang untuk bela diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan promosi Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di sini semalam.-kosmo

KJ, secara peribadi AS setuju dengan cadangan anda. Tapi jangan anda biarkan mentaliti anda macam puak pakatan haram. Bangkang sana, bangkang sini, tapi solusinya dimana? Berikanlah satu cadangan mekanisme dan sistem yang lebih efektif dalam polemik saman ekor ini!

Jika ada kaedah yang dicadangkan oleh Pemuda UMNO dan digunapakai oleh PDRM barulah rakyat salute sama pemuda UMNO. KJ jangan hendak bersikap populis semata-mata dengan terikut juak pakatan haram yang diterajui oleh Mahpus Omaq. Nak tunjuk hero baguih, tapi biaq bertempat!

1 comment:

  1. AKU SOKONG 200% CADANGAN KJ.

    TAPI AKU MELUAT SANGAT2 MAMAT SEKOR NI - PEROSAK PARTI MACAM PAK MENTUA DIA

    ReplyDelete