Ekonomi & Payudara!

LONDON: Sebuah firma pemborong runcit Britain, Debenhams, mendakwa saiz payudara wanita boleh digunakan untuk menentukan kedudukan ekonomi negara.

Debenhams berkata saiz coli berubah seiring turun naik ekonomi Britain, selepas menjalankan kajian terperinci membabitkan sejarah payudara wanita Britain. “Kini kita boleh melihat rekod ekonomi Britain hanya dengan mengikut peredaran zaman. Sejarah ekonomi negara berkembang bersama besar atau kecilnya saiz coli,” kata jurucakap Debenhams, Ed Watson.

Beliau berkata ahli sejarah seperti Simon Schama dan David Starkey kini tidak lagi menjalankan kajian di perpustakaan, sebaliknya hanya melihat saiz payudara wanita untuk menentukan situasi keseluruhan rakyat negara ini.

Awal abad ke-21 menyaksikan kadar inflasi meningkat dalam pelbagai cara dan wanita terpaksa menggunakan segala aset yang ada termasuk payudara untuk keselesaan hidup mereka. – Agensi

AS:Merepek saja depa ni .Macamana dengan negara-negara Amerika selatan yang memang power turun temurun tu? Maknanya ekonomi negara tu baik kot?

No comments:

Post a Comment