Dari berita yang sah, YDP MAINPP, Ustaz Elias Zakaria, Timbalan YDPnya, YB Salleh Man dan Ustaz Bakar Bakilani termasuk Pengarah JAIPP turut tidak bersetuju dengan cadangan pemilihan Jawatankuasa Kariah. Cadangan yang boleh memecah belahkan masyarakat Islam di Pulau Pinang. Hampir kebanyakan kariah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Difahamkan cadangan pemilihan kariah itu bukan daripada pemimpin PAS sebaliknya daripada wakil rakyat PKR, YB Abdul Malek Kassim. Masjid-masjid yang dikuasai oleh ahli dan penyokong PAS juga turut tidak berkenan dengan cadangan itu. Banyak masalah yang akan timbul. Bagi kariah yang sangat besar, mempunyai banyak kampung akan hadapi masalah tersendiri. Mungkin AJK Kariah yang bakal dipilih nanti akan dimonopoli oleh satu dua kampung sahaja. Masalah kariah tidak sama dengan kariah yang lain.
Persaingan untuk merebut jawatan mengundang permusuhan antara sesama ahli-ahli kariah. Jika individu itu dipilih oleh ahli kariah, difahamkan tidak semestinya individu itu akan dilantik sebagai Pengerusi Kariah atau AJK Kariah dan sebagainya. ADa satu Jawatankuasa Khas lain yang akan membuat keputusan dan kariah mesti menerima nama yang dicadangkan.
Bagitulah lebih kurang cakap-cakap yang disampaikan oleh orang kuat dalam jabatan/pejabat agama yang turut kecewa dengan langkah yang diambil oleh pimpinan Islam kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Apakah tujuan sebenar pemilihan kariah itu diadakan juga dalam bulan Jun dan Julai ini sedangkan perlantikan AJK Kariah yang dilantik itu akan bermula 1 Januari 2012? Hanya YB Abdul Malek dapat memberi jawapannya. -Suara 1 UMNO-
AS tak mau apa yang tejadi di Selangor akan terjadi juga di PP sampai ada laporan polis bagai berkenaan pemilihan AK masjid ini. Mungkin strategi politik Pakatan Rakyat PP untuk menguasai Masjid dan Surau melalui AJK agar pensyarah-syarah dan guru-guru agama pro-mereka dapat menjalankan propaganda mereka. Kononnya Masjid dan Surau itu adalah pusat perang saraf dan pembentuk pendapat awam.
Menurut makluman yang AS terima, terdapat beberapa Masjid dan Surau di Shah Alam mengalami proses tidak demokratik dalam pemilihan AJK Surau dan Masjid.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meletakkan orang lain dan orang luar menggantikan pilihan Mesyuarat. Lain yang dipilih Mesyuarat sebagai AJK, lain pula diletakkan sebagai AJK.
Alasan mereka adalah hanya dua AJK terpilih yang betul-betul layak. Macam mana mereka boleh tahu siapa yang layak atau tidak diperingkat bawah itu? Dalam Islam, jemaah yang pilih Imam dan bukan hanya sekadar kelayakand an kebolehan memimpin sembahyang saja. Kalau dalam sembahyang pun Imam diplilih berdasarkan demokrasi, inikan untuk setakat mengurus Masjid dan Surau?
Kalaulah betul dirasakan yang terpilih tidak cukup kebolehan, bukankah MAIS dan JAIS ada program untuk melatih AJK dalam hal ehwal pengurusan Masjid dan Surau? Apakah alasan tersirat?
Seperti kes di Kampung Medan Medan.Oleh kerana Kampung Medan dahulunya memang kawasan UMNO sebelum pilihanraya umum 2008, orang-orang lama memanglah pengundi-pengundi UMNO. Tak tahulah samada mereka ahli atau aktivis UMNO.
Apabila PKR kalah, mereka sebagaimana biasa merusuh dan bertindak ganas terhadap kariah setempat. AJK yang terpilih tidak diluluskan sebagai AJK oleh JAIS. Akhirnya terjadilah laporan polis oleh Jawatankuasa Bertindak Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.
AS cuma nak beringat sebelum kena! Sudah-sudahla orang Islam berpecah diluar sana. Janganlah sampai hal dalam masjid pun kita nak berpecah. Malik itik ni tak reti pikiaq ke? Apa yang AS tengok, pemilihan kali ni dah serupa Pilihanraya. Siap dengan petugas dari MAIPP yang akan bertindak ala SPR akan turun mengawasi setiap tempat pengundian dan membekalkan kertas-kertas undi dan senarai calon yang akan bertanding.
saya adalah seorang ahli pas dari perak . kisah ini diceritakan oleh seroang rakan saya yg pada awalnya turut sama dilibatkan dengan rancangan untuk menjatuhkan husam musa. Selepas rakan saya ketahui taktik kotor tersebut dia larikan diri dari mereka kerana tidak mahu terlibat dgn perkara2 fitnah.
ReplyDeletekisah ini sengaja didedahkan pd saat2 akhir pertandingan&ditambah berbagai2 perisa supaya Nampak sedap oleh geng2 Nizar.
nizar tidak mahu husam menang kerana takut menjadi pesaingnya dalam pemilihan pas akan datang.nizar hendak menang dalam pemilihan ini &bercita2 utk bertanding jawatan timbalan presiden pas dalam pemilihan akan datang.DAP telah berjanji untuk bantu kewangan.
nizar nak pancung husam habis-habisan, kerana dia lihat husam boleh menghalang cita-cita besarnya kiranya husam juga menang bersama dia. Nizar kata sekiranya husam kalah karier politik dia akan hancur kerana telah kalah dua kali.
Norazli musa@pak janggut adalah salah seorang jentera nizar yang paling utama memainkan peranan penting ini utk bunuh karier politik husam.
Pada hari isnin 30.5.2011 norazli telah bertemu dgn seorang rakannya bekas org kuat pkr .
norazli telah memberi maklumat berhubung penyelewengan husam kepada rakannya itu utk dipanjangkan kpd blogger2. Semua skrip telah ditulis dgn begitu baik supaya senang difahami oleh blogger.
Bekas orang kuat pkr sampaikan kpd seorang blogger di perak dalam masa sama dia bocorkan maklumat itu dtg dari pihak nizar. tujuan org itu beritahu supaya taktik kotor politik dlm pas diketahu ramai.
berita itu sampai kpd blogger, mereka dedahkan maklumat pasal husam& siapa pemebri maklumat. dlm hal ini kerja blogger Nampak tersusun. 1pihak dedah husam&1 pihak dedah siapa pemberi maklumat.
husam nasib baik -cepat2 menafi-nizar pula diamkan diri. takut kerana rahsia telah pecah. Semasa muktamar pemuda ramai ahli2 pas telah berbisik sesama mereka apa yg dilakukan oleh nizar. Bisik2 &sms tersebar tentang taktik kotor nizar.
brita itu dibisik dari telinga ke telinga hingga ke saat perwakilan beratur sebelum membuang undi. Pasal itu nizar kalahdi tempat corot.
Bukan setakat kisah wang , byk lagi fitnah2 lain yg direka2 oleh orang nizar utk membunuh karier husam-termasuk kisah skandal dgn seorang wanita cina serta kunjungan husam ke tempat2 maksiat. Saya tidak mengetahui samada perkara itu benar atau fitnah-tetapi perkara itu imasuk dlm rancangan orang2 nizar utk bunuh karier husam.
Saya tak tahu saluran mana harus saya guna untk dedahkan perkara ini. Kalau saya ceritakan perkara ini kpd pemimpin2 pas tempatan -mereka minta kita diamkan & jgn cerita kpd sesiapa. kita akan dibaca dgn mcm2 surah & hadis supaya menjaga jamaah. saya terpaksa guna saluran komen di blog2. Tujuannya supaya pemimpin2 atasan pas tahu perangai2 kotor yg sdg menjalar dlm pas. Jangan hanya Nampak kuman di seberang laut tapi tak Nampak gajah dpn mata.
Dalam Masjid pun ada mengundi.Apalah kita nak berebut jawatan. Maaf nak dikata, yang mustahak dan patut diutamakan dalam masjid adalah Imam, Bilal dan Tok Siak. Ini patut didahulukan dan menawarkan siapa jadi. Cari dan tapis siapa betul-betul layak.
ReplyDelete