PULAU PINANG 1 Julai - Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perarakan dan perhimpunan membantah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini membuat laporan polis mendakwa portal berita Malaysiakini menyiarkan laporan berbaur fitnah terhadap mereka.
Wakil mereka, Aziaan Ariffin membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 6 petang sebagai menafikan laporan portal itu yang menyatakan berlakunya kejadian memecah cermin kereta ketika demonstrasi berlangsung hari ini.
"Apa yang dilaporkan dalam portal tersebut adalah fitnah semata-mata yang saya lihat cubaan untuk mencetuskan rusuhan kaum.
"Mana ada kejadian seperti itu kerana perhimpunan yang kami lakukan itu terkawal. Justeru, kami meminta Malaysiakini menarik balik laporan tersebut dan jika mereka enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan
Apa yang telah dilakukan oleh portal Malaysiakini ternyata salah dari etika kewartawanan. Menipu dan membuat fitnah dalam membuat laporannya semalam. Malaysiakini tidak layak meletakkan nama Malaysia dihadapannya kerana didapati selalu sangat menipu dan mengelirukan rakyat. Sepatutnya nama Malaysia itu diganti dengan nama Anwar atau Guan Eng. Anwarkini atau GuanEngkini kerana mereka ni sememangnya penipu **Nampaknya laporan auntie dalam MK tu dah diubah pagi ni...kenapa tak biar saja laporan semalam tu...nampak sangat menipu. - empayarpemuda
"Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan..Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.." Malaysiakini
boleh dak uploadkan ceramah Ummi Halfilda di Dewan Perda Sungai Acheh
ReplyDelete