Pertama sekali menjemput semua para pembaca blog ni yang tinggal sekitar Nibong Tebal & Parit Buntar agar dapat bersama-sama kita hadir beramai-ramai pada Program "Jom Dengar Bersama Ummi Hafilda' yang akan diadakan pada jam 9 Malam ini bertempat di Dewan Perda Sungai Acheh, Nibong Tebal. Kedatangan sulung Ummi ke Nibong Tebal ini membuatkan penduduk sekitar Nibong Tebal begitu teruja dan dijangkakan ramai akan hadir bagi mendengar pendedahan sebenar dari mulut oang yang pernah begitu rapat dengan Anwar Ibrahim.
Oleh kerana situasi inilah, puak PKR dan hamPAS yang diketuai oleh Hj Wan, Timb. Ketua cabang PKR Nibong Tebal yang berangan tinggi nak jadi calon DUN di Sungai Acheh bersama 20 orang balachinya, semalam telah membuat repot polis 'kononnya' program ini bakal memecahbelahkan masyarakat'. Hahaha. Geli usus AS bila dengar dakwaan ini.
Awat takut sangat puak Pakatan Haram oii!! Puak Pakatan Haram yang tiap minggu buat ceramah yang penuh dengan fitnah, menghasut, mengadu domba bukankah pemecah belah utama di kalangan masyarakat? Penganjur cuma mahukan Ummi berkongsi info beliau bersama rakyat di Nibong Tebal. Kalau Nuar tak salah kenapa nak takut? Dan kalau betul Ummi memfitnah, dipersilakanlah sekali lagi ke IPD jawi buat repot kerana Ummi memfitnah!
Provokasi puak pakatan haram yang menggigil dengan program ini cukup kuat. Banyak banner yang dipasang di sekitar Nibong Tebal telah disabotaj. Tak kurang dari 5 banner telah 'ghaib' dan ada yang dirosakkan. Menurut info juga, pada malam ini puak Pakatan akan meroyan lagi. Mereka dikatakan akan cuba mensabotaj dan membuat kacau pada program malam ini.
harap pihak penganjur dapat bersedia. Puak-puak gila ni bukan buleh percaya. Depa buat ceramah tiap-tiap minggu tak sapa pun nak kebuloq kacau pun! Banner pun sikit tak diusik. Inikah kebebasan yang pakatan haram perjuangkan? Ptuih!!
p/s: ada cerita panas siap bukti lagi berkenaan salah guna kuasa ADUN Sungai Bakap akan menyusul lepas ni, tungguuu...
Bro Hj Shidi punya budak budak ramai yang tunggu masa nak pelangkong puak puak pakatan di Sg Acheh. Kalau depa berani buat hal malam ni silap silap ada yang kena rejam dalam parit tepi tanah perkuburan tu.
ReplyDeleteSalam perjuangan buat Ummi. Teruskan perjuangan suci ini demi kebenaran dan maruah Ummi dan juga demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta. Kami sentiasa berdoa untuk perjuangan ini. Amin...Allah Akhbar
ReplyDelete