Guan Eng Kena Baca Ini..


INILAH HASIL KERJA KERAJAAN BN MELALUI NKRANYA YANG INGIN MENGURANGKAN KADAR JENAYAH.
GUAN ENG PERLU SEDAR BAHAWA USAHA KERAJAAN MELALUI PDRM TERBUKTI BERHASIL.
OLEH YANG DEMIKIAN,TAK PERLULAH NAK KONDEM SANA SINI MEMBUTA TULI KADAR JENAYAH SAPA YANG TERUK SAPA YANG BAGUS.


Kadar indeks jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala indeks jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus berbanding 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan itu berjaya dicapai hasil perancangan dan perlaksanaan rapi serta tersusun melibatkan kerjasama padu seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pelbagai peringkat.

''Saya sedar kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi untuk menampakkan hasil dalam tempoh yang singkat.

''Namun ia berjaya dicapai hasil komitmen semua pihak di PDRM dari peringkat pengurusan sehinggalah kepada anggota-anggota yang menjalankan operasi harian," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka PDRM 2011 dan Hari Kesedaran Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyarankan PDRM menimbangkan potensi penggiliran pegawai dalam tugasan komuniti (community policing) bagi memperluaskan pendedahan kepada semua anggota polis terhadap kaedah mesra rakyat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kata beliau, PDRM mungkin boleh memberikan lebih banyak peluang kepada anggota polis dalam tugas-tugas berbentuk pencegahan berbanding semata-mata penguatkuasaan.

''Ini supaya hubungan dengan orang awam dalam rangkaian masyarakat setempat itu boleh terjalin dengan lebih kukuh dan akrab.

''Hubungan yang kukuh ini adalah asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah secara pencegahan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya," katanya.

No comments:

Post a Comment