Namawee Kena Bantai Dengan Utusan.
Kisah seorang budak Cina
BEBERAPA orang kawan Siti orang Cina berasa segan dan malu kepada Siti. Mereka semua Siti kelaskan sebagai kawan yang baik, berhemah dan pekerti mulia. Kebaikan yang ditunjukkan bukan dibuat-buat. Tapi mereka malu dengan angkara seorang budak Cina.
Siti kata kepada mereka, walaupun sepohon nangka dari benih yang baik tapi ada juga buah yang busuk dan berulat. Siti sama sekali tak melihat perangai seorang budak Cina sebagai cermin kepada orang Cina seluruhnya. Siti juga kata kepada mereka, budak Cina yang seorang itu adalah buah nangka busuk dan berulat. Memang tidak berguna. Ulang lagi, memang tak berguna.
Budak Cina ini kalau dilahirkan sebagai Melayu atau India pun dia akan buat perangai yang sama. Perangai tak sedar diri dan maki hamun orang tak tentu pasal. Dia pernah berkata dalam klip videonya bahawa Melayu ini keturunan Sakai. Bagi Siti, yang jadi masalah bukan keturunan tapi perangai.
Tengoklah, dia anggap Melayu keturunan Sakai. Kononnya orang Melayu ini hina dan tak bertamadun. Kalau tengok perangai dia pula, bagi Siti, orang Sakai jauh lebih bertamadun. Orang Sakai sedar diri, tapi budak Cina yang seorang ini tak sedar diri. Kalau nak suburkan budaya maki hamun, negara ini bukanlah tempatnya. Dengan kata yang lebih manis, boleh berambuslah, negara ini tak rugi setengah sen pun. Pergilah ke Taiwan atau Macau, kalau takut ke China. Kalau di China, orang perangai macam ini memang tak lama.
Dia pernah berdosa kepada negara ini, dia derhaka apabila lagu kebangsaan dicerca. Kalau di negara lain, budak ini telah dikenakan hukuman berat. Tapi entah mana silapnya, budak ini jangan kata nak dicubit, dicuit pun tidak. Biarpun dia kata Melayu keturunan Sakai, tapi dia bebas. Kalau orang Melayu gila macam dia, tentu teruk budak Cina ini dikerjakan. Tapi Melayu tak begitu. Buktinya budak Cina yang sangat biadab ini bergerak bebas malah boleh buat filem, bebas masuk Parlimen dan macam-macam lagilah.
Bila dia buat filem, ambil pelakon Melayu juga. Masalahnya pelakon Melayu itu pun tak sedar diri, suruh pula orang memaafkan budak Cina ini. Siti fikir kalau tak berlakon filem nasi basi itu pun pelakon-pelakon Melayu itu tak mati kebulur. Siti ada tengok filem dia, tapi tak usah cakaplah. Filem itu elok tayang dalam jamban saja.
Siti harap kawan-kawan Siti kalangan orang Cina jangan segan dengan Siti. Budak nangka busuk dan berulat ini tak mewakili keturunannya. Tengoklah, orang Cina pun malu dengan kelakuan budak nangka busuk ini. Tapi biasalah, kerana ada “hal-hal” lain, nangka busuk ini dapat kelebihan. Biar pun mencerca lagu Negaraku, dia tidak diapa-apakan. Ini salah orang kita juga yang takut sangat harga saham politik merudum hingga membiarkan orang pijak kepala. Kononnya budak Cina ini ada nilai saham politik. Sebab itu tak ada siapa yang ambil tindakan. Peliknya yang ada kuasa tak berani guna kuasa, takut dan menggigil kerana nak jaga periuk nasi politik. Demikianlah secebis kisah dari bercebis-cebis yang membuatkan Siti sangat marah.
SITI JARUM: Jahit mulut siapa yang celupar.
yg peliknya tak pula aku dengar teguran mak ayah maupun sedara mara sekaumnya yg nak betulkan mentalnye....memangnye inilah produk pelajaran kat taiwan....mungkinkah dia ini produk looser...
ReplyDeleteAS,
ReplyDeleteSEPATUTNYA ANAK CINA SEKOR NI DILAHIRKAN SEBAGAI *tuuuuut SAJA!!
*isi la sendiri apa yg tuuuuut tu!! geram sampai tak tahu nak kata mcm mana lagi!
YANG BUAT AKU PELIK,
ReplyDeleteBABI CAMNI YANG NAJIB KATA KREATIF? NAJIB, TOKSAH LE PLAYSAFE SANGAT. RAKYAT KAT BAWAH NI DAH MELUAT SANGAT TAU TAK?
Beruk bangsat ini perasan sebab Negara kita liberal. Dekat china, telor dia ken a staple. Yang pelik Ada juga art is melayu yang kiss his arse. Mak bapak budak barua ni memang sial sebab tu dapat anak lahanat macam ni.
ReplyDelete