Pemimpin Pakatan Haram Punca Layanan Buruk Sukan SEA Indonesia

Dewan Rakyat: Pembangkang punca layanan buruk di Indonesia

TINDAKAN biadab serta layanan buruk penyokong Indonesia terhadap kontinjen serta rakyat Malaysia termasuk ketika Sukan SEA yang sedang berlangsung di Jakarta dan Palembang ketika ini berpunca daripada sikap pemimpin pembangkang yang meracuni serta memburukkan negara sendiri di Indonesia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, berkata secara peribadi beliau melihat punca ketegangan yang sering timbul adalah disebabkan tindakan pembangkang yang sering ke Indonesia yang membakar dan menyemarakkan perasaan benci rakyat negara itu terhadap Malaysia.
“Kenapa penyokong Indonesia terlalu benci dengan Malaysia? Adakah kerana pekerja Indonesia tidak dilayan dengan baik? Ini bukan soal layanan kepada pekerja asing Indonesia. Mereka bukan setakat boleh cari makan tetapi boleh ada satu kehidupan yang cukup baik di sini.
“Bagaimanapun, kenapa Malaysia saja menjadi mangsa iri hati rakyat Indonesia, kenapa tidak Thailand, Vietnam dan Singapura. Ini kerana ada di kalangan pemimpin kita (pembangkang) pergi ke Indonesia untuk memburukkan negara dan ia dibuat secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengapa penyokong Indonesia begitu membenci kontinjen negara dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Dewan Rakyat mendesak kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas ke atas kegagalan Indonesia memberi layanan terbaik kepada kontinjen Malaysia, termasuk menghina lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.

Mohamad berkata, sikap tidak profesional Indonesia selaku penganjur dengan menjadikan pentas Sukan Sea sebagai medan menimbulkan kebencian sehingga membunuh semangat kesukanan adalah sesuatu yang biadap dan kerajaan Malaysia perlu bertindak segera.

“Sikap penyokong Indonesia dan penganjur cukup memalukan. Mereka ini bukan saja merosakkan nilai kesukanan tetapi tidak layak untuk menjadi tuan rumah. Kalau nak sangat menang semua acara, Indonesia anjur sukan yang dia saja main, jadi semua pingat dia yang dapat," katanya.

Sementara itu, P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) pula mahu FAM membawa isu layanan buruk yang diterima pasukan Harimau Muda termasuk terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda, ke Persekutuan Bola sepak Dunia (FIFA) bagi memastikan tindakan sepatutnya dapat diambil ke atas Indonesia.-BH

No comments:

Post a Comment