Sah! Boboi Sertai UMNO!

A.S ucapkan tahniah dan selamat datang ke dalam UMNO untuk Afdlin Shaukhi dan Harun Salim Bachik. Suatu keputusan bijak telah anda berdua lakukan.

Pedulikan apa yang orang kata kerana mereka dengki dan irihati disebabkan hangpa berdua tidak memilih parti komponen pakatan haram penipu besar sebagai wadah perjuangan hangpa.
Semoga anda berdua mampu menjadi ikon dan daya penarik untuk masyarakat Malaysia menghargai dan menyokong perjuangan UMNO.

Dua anggota kumpulan Boboi daripada program Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dengan rasminya menjadi ahli Umno apabila mereka menyerahkan borong keahlian pertubuhan itu pada Selasa.

Kedua-dua pelawak berkenaan menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Abd Rauf Jusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Afdlin ketika ditemui berkata, dia menganggotai Umno dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai parti itu.-MStar

No comments:

Post a Comment