Dato Zainal semasa sidang media |
Sidang media ini adalah berkaitan dengan entry aku semalam di SINI. Banyak persoalan yang belum terungkai disini.
Dato Zainal Abidin selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pagi tadi di Jawi, Nibong Tebal telah mengadakan sidang akhbar untuk mendesak KM P.Pinang, Lim Guan Eng untuk memberi penjelasan berkaitan beberapa perkara yang meragukan berkenaan pembangunan tanah di Bayan Mutiara.
Tanah seluas 103 ekar yang bernilai tinggi ini telah dijual pada bawah nilai pasaran iaitu hanya RM240 sekaki persegi dan keseluruhannya hanya berjumlah RM 1.1 Billion sedangkan boleh dijual RM10 billion.
Pembayaran oleh pembeli dibuat secara ansuran selama 5 tahun dimana untuk pembayaran pertama sebanyak RM109 juta sehingga kini masih belum diselesaikan walaupun telah diberi penangguhan sebanyak 2 kali. Nilai tanah boleh meningkat lagi kenapa tidak dijual secara berperingkat??
Dalam akhbar bahasa cina, Si Guan Eng telah menyerahkan cek sebanyak RM500 juta dari kerajaan negeri untuk tabung perumahan rakyat Pulau Pinang kononnya. Aku cuma nak tanya, duitnya sekupang pun belum terima, bagaimana cek sebanyak itu telah dikeluarkan. Ada wang ke dalam akaun tu?
(Aku akan masukkan cek tu dalam entry malam ni)
Seterusnya amat dikesali tanah yang bernilai tinggi itu mudah diberi kepada pihak swasta dimana dalam perjanjian itu kerajaan negeri tiada kuasa penuh untuk menentukan pembangunan terutamanya pembangunan rumah kos rendah dan sederhana. Perjanjian ini nyata berat sebelah dan menguntungkan pihak pemaju!
Akhir sekali, kenapakah kerajaan negeri tidak menggunakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) anak syarikat kerajaan negeri yang terbukti berpengalaman berpuluh tahun dalam memajukan pelbagai projek bandar baru sebaliknya kenapa diberi kepada syarikat swasta ?
Banyak lagi pendedahan mengenai skandal ini untuk Guan Eng jawab..
Tunggu..
Bolehkah Guan Eng menjual tanah Pulau Pinang kerana tanah Pulau Pinang masih milik Sultan Kedah, sebab itu setiap tahun mereka bayar sewa kepada Sultan Kedah
ReplyDelete