Golongan muda dari semua kaum sudah kembali menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.Beliau berkata kesimpulan berkenaan dibuat berdasarkan tinjauan oleh sayap pemuda semua parti komponen BN termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Sabah.
8Tinjauan tersebut juga mendapati keyakinan orang muda terhadap BN di kawasan bandar sedang meningkat, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran 'BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri Sabah, anjuran Pemuda BN dan Puteri Umno di sini hari ini.Turut dalam majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, berkata oleh kerana program besar anjuran Pemuda BN dan Puteri didominasi oleh Umno kerana ahlinya lebih ramai berbanding parti komponen lain, ia tidak bermakna BN tidak mendapat sokongan daripada kaum bukan Bumiputera.Mengenai program 'BN Pilihan Orang Muda', Khairy berkata, Sabah merupakan negeri ketiga program itu dilancarkan dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
Katanya, tujuan program itu adalah untuk membangkitkan semangat jentera pergerakan Pemuda BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dalam pada itu, Rosnah pula berkata walaupun pergerakan itu baru berusia 11 tahun namun dengan keahliannya seramai 380,000 orang termasuk 50,000 di Sabah, sekali gus membuktikan bahawa BN masih menjadi pilihan utama golongan muda di negara ini.
7Menurut Rosnah sokongan golongan muda berkenaan bukan sahaja boleh dilihat melalui jumlah keahlian mereka dalam pergerakan Puteri tetapi menyertaan golongan berkenaan yang terdiri daripada kumpulan profesional dalam pelbagai aktiviti pergerakan itu.
Terdahulu, Khairy dalam ucapannya meminta pengundi muda di Sabah supaya menolak slogan 'Ini kalilah" (kalau di Sabah melambangkan protes kepada BN) oleh parti pembangkang dengan menggantikannya bukan sahaja dengan 'lain kalilah' dan 'tidak payahlah'.Manakala Rosnah menambah slogan 'tidak perlulah sampai bila- bila'. - Bernama
********
AKU HARAP DAKWAAN KEDUA-KEDUA SAYAP INI BUKANNYA SYOK SENDIRI SAJA.
NAMUN BERDASARKAN PEMERHATIAN AKU YANG SELALU TURUN KE GRASS ROOT, ADA BENARNYA KATA SI KJ INI. MASIH RAMAI ANAK MUDA BERSAMA BN TERUTAMANYA UMNO.
MUDAH-MUDAHAN..
Sokongan harap diterjemahkan dlm bentuk undi.
ReplyDeleteHOT!! BUKTI RAJA NONG CHIK SALAHGUNA KUASA!! Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
Saya rasa begitu juga. Saya ikuti laman twitter YB Khairy, selalu tengok anak2 muda bertanya khabar, mcm mana nak masuk pemuda umno, atau jadi BN youth volunteer ketika PRU nanti, dsb nya. Anak2 buah saya pun minat kat dia. Depa kata depa nak YB mcm ni.
ReplyDeleteBeliau muda lagi, tapi saya fikir klu dia tetap jujur berkhidmat, YB Khairy boleh memimpin.
ReplyDeleteyang berpelajaran saja mengikut.bagaimana dengan tablik sebelom pkr atau pas dapat menjadikan mereka ahli ahli mereka.