Sulihh. Apa Tu? Yang Penting Ostad Zizan Akui Gagal.

Kegagalan kerajaan negeri Kedah meneruskan Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS tidak mampu melaksanakan projek mega serta mengotakan janji mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata malah kegagalan projek gergasi bernilai RM36 bilion itu diakui sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kegagalan projek tersebut ternyata PAS gagal untuk menarik pelaburan besar ke negeri ini yang dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini," kata beliau. Semalam Azizan mengakui projek Sulihh di Yan itu masih tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

 Beliau berkata, kerajaan negeri juga belum menarik balik tawaran yang diberi kepada syarikat Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd, sekali pun tempoh yang diberi bagi mereka melaksanakannya berakhir hujung 2010. Mukhriz berkata, ramai rakyat terpedaya dengan janji-janji kosong oleh kerajaan PAS yang mana mereka mendakwa mampu menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. 

Beliau berkata kementeriannya sentiasa mengalu-alukan sebarang pelaburan ke negara ini dan akan membantu meluluskan lesen dan perkara lain yang diperlukan demi kepentingan pembangunan di setiap negeri walaupun negeri itu diperintah parti pembangkang. "Kita tahu ini penting untuk bangunkan negeri dan tidak bersikap pilih kasih. (Dalam kes SULIHH), terpulang kepada pemaju untuk buat keputusan. Kita cuma boleh sediakan prasarana sekiranya perlu tetapi malangnya keputusan pihak pemaju tidak menyebelahi kerajaan negeri.

Inilah jadinya," katanya. Projek SULIHH dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang diumumkan pada 2007 hasil perancangan kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah Kedah. Projek itu membabitkan pembinaan kilang penapisan minyak bagi memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur. Selepas pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah selepas pilihan raya umum 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dengan menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut bagi memberi laluan kepada pelaksanaannya.

 Mengikut perancangan awal, projek itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti ia mampu menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri. - BERNAMA

***************

Aku lihat Pas tidak langsung mempunyai keupayaan untuk mentadbir Kedah, yang jelas dapat dilihat terhadap pelbagai isu yang menyelubungi kerajaan negeri sekarang.
Sejak mengambil alih negeri Kedah daripada Barisan Nasional (BN) tiga tahun lepas, Pas hanya membuktikan satu benda iaitu ia gagal menambah baik pentadbiran negeri malahan menjadikan pentadbiran semakin teruk.


                                                                                                                           Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment