Seorang lelaki di Wuhan China melakukan demo yang agak aneh di depan sebuah KFC. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Encik Yang
membeli beberapa KFC Bucket dan kemudian meletakkannya di hadapan
restoran KFC bagi menghalang orang ramai dari memasukinya. Menurut
laporan media China, Encik Yang tidak puas hati dengan tahap kebersihan
cawangan KFC ini.
Beliau dikatakan ternampak seorang pekerja meyediakan
sebuah burger tanpa menggunakan sarung tangan, pentutup mulut dan sarung
rambut. Beliau terus bertemu pengurus restoran dan memarahi pengurus
tersebut kerana tidak menjaga tata tertib kebersihan pekerjanya. Si
pengurus meminta maaf atas kesalahan pekerja tetapi Encik Yang mahukan
pampasan berupa 20 hidangan Family Bucket Meal. Pengurus enggan memberi pampasan melampau ini dan Encik Yang naik berang.
Beliau kemudian datang semula ke restoran KFC ini dan mencampakkan Yuan 140 000 (RM 67 000) di atas meja dan memesan 2000 Family Bucket Meal. Tujuunnya menurut Encik Yang ialah untuk "menyelamatkan penguna lain dari memakan makanan yang tidak bersih". Yeah lolwut.
Beliau
kemudian menyusun Family Bucket Meal yang beliau beli di hadapan pintu
restoran dan sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak makan di
restoran yang kotor ini. Pihak KFC hanya memjual sebanyak 22 Family
Bucket Kepada beliau sebelum berhenti kerana merasakan tindakan Encik
Yang tak masuk akal.
Sungguh aneh demo Encik Yang ini. Nak boikot
KFC kerana kotor tetapi sanggup membelanjakan duit sendiri beli ayam
KFC berbucket. Weirdo gila. Lepas tu tak makan! Damn rugi siak tak makan
KFC lepas dah bayar! I RAGE!
-Sumber
Jangan, jangan dan jangan buat di Malaysia. Kalau kita buat benda yang sama, kita dah tutup periuk nasi orang melayu sendiri sebab KFC Malaysia kepalanya orang Melayu Islam. Lagipun KFC di Malaysia hampir semuanya bersih, tambahan lagi ayamnya dan makanan lainnya dijamin halalan toyyiba. Cuma jangan makan selalu je, takut darah naik... :D
ReplyDelete