Anwar Seharusnya Malu Dengan Sharbinee Allawee

Anwar Ibrahim juga seharusnya didesak habis-habisan untuk menjalani ujian poligraf ini. Sebagai manusia yang dicanang akan menjadi PM Malaysia jika pakatan haram menang pada PRU13 ini, ia boleh dikatakan sesuatu yang WAJIB dilakukan bagi membuktikan dia tak melakukan aktiviti tak bermoral seperti yang didakwa contohnya main dengan bini orang, meliwat dan 'main' dengan china doll.



Alangkah malangnya jika Malaysia sudah maju dalam melakukan ujian pengesan pembohongan ini namun satu insan yang sering mewar-warkan kononnya dia suci terlepas dari ujian ini.

Persoalannya, beranikah Anwar??

Keputusan ujian poligraf (pengesan pembohongan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bercakap benar, sekali gus membuktikan dia tidak mengatur perlawanan ketika pasukannya seri 1-1 dengan Kedah pada aksi Piala Malaysia, pada 1 September 2012 lalu.

Keputusan ujian poligraf yang dijalankan terhadap Sharbinee di Kuala Lumpur pada 7 September 2012 lalu adalah negatif
 [Sumber: BHarian 15/09/2012]


'Sharbinee Allawee tak bohong'


Poligraf mula diyakini masyarakat

Peter Butler menyarankan Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha’ri menjalani ujian poligraf untuk menentukan siapakah yang bercakap benar. Jurulatih skuad Penyu itu yakin ujian poligraf dapat membuktikan sama ada pemain terbabit bercakap benar berhubung isu membawa perempuan ke bilik hotel pada awal pagi sebelum perlawanan menentang Kedah di Alor Setar.

Beberapa minggu lalu, pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan juga menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian poligraf untuk mengetahui kebenaran skandalnya dengan Ng Phaik Kheng.

Nampaknya, kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap ketepatan poligraf untuk mengesan seseorang bohong baru kini popular selepas diperkenalkan di Malaysia sejak 1997.



Di Amerika Syarikat (AS), jika seseorang disyaki berbohong, soalan yang pertama diutarakan adakah anda mahu menduduki ujian poligraf? Poligraf adalah alat yang terbaik dan paling tepat menentukan sama ada seseorang itu bercakap bohong atau tidak. Alat moden ini digunakan oleh agensi penguat kuasa menggantikan teknik soal siasat yang kini dipertikaikan.

Penggunaan alat poligraf mampu menghasilkan keputusan 98 peratus tepat dan kadangkala 100 peratus jika dikendalikan pemeriksa yang cekap. Kini poligraf digunakan 80 negara sejak pengenalannya lebih 90 tahun lalu. Amerika Syarikat, Israel dan Singapura adalah pengguna terbesar poligraf, khususnya untuk tujuan keselamatan. Ini menunjukkan negara berkenaan yakin kepada kemampuan alat itu.

Poligraf bukan alat plug and play, tetapi memerlukan kepakaran atau pemeriksa bertauliah untuk mengendalikannya. Penentu sama ada seseorang bercakap bohong atau tidak bukan terletak atas kekuatan alat poligraf, tetapi bergantung kepada kepakaran, pengalaman dan kebijak-sanaan pemeriksa menginterpretasi graf.

Tahap ketepatan poligraf tercalar kerana sebilangan pemeriksa tidak bertauliah atau menjalankan ujian sambil lewa. Penulis yakin dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam penyiasatan dan pernah bertugas dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR - kini SPRM) selama 20 tahun, mustahil untuk seseorang pembohong lulus ujian poligraf.



Secara ringkasnya, ujian poligraf menggunakan alat pengesan khas yang disambungkan kepada beberapa bahagian anggota tubuh seperti jari tangan, dada dan lengan yang kemudian disambungkan kepada komputer untuk mengesan tekanan darah, kadar denyutan jantung, pernafasan serta aktiviti peluh.

Ketika ujian dijalankan, seseorang akan ditanya mengenai peristiwa atau kejadian tertentu. Jika ia sedang berbohong, jari-jemari tangan akan mengeluarkan kuantiti peluh yang berbeza sementara kadar degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah juga berubah. Semua perubahan pada tubuh dipantau, direkod, diukur dan diterjemahkan ke dalam bentuk graf matematik untuk memberikan keputusan oleh pemeriksa yang bertauliah.

Kegunaan poligraf tidak mudah diperdayakan kerana graf ujianya menunjukkan dengan jelas sama ada seseorang itu berbohong atau sebaliknya, menyembunyikan sesuatu, memberi alasan darah gemuruh atau belajar dalam internet cara untuk ‘melawan’ poligraf.

Di Jepun, hasil ujian poligraf diterima sepenuhnya di mahkamah, manakala di Taiwan hakim mengguna keputusan poligraf sebelum menjatuhkan hukuman. Beberapa mahkamah di AS menerima keputusan poligraf sepenuhnya. Malah untuk menganggotai FBI, CIA atau polis, calon mesti melalui ujian poligraf. Di Malaysia, ia digunakan agensi penguat kuasa dan syarikat multinasional untuk penyiasatan dalaman dan pengambilan pekerja berintegriti.

Banyak syarikat asing di Malaysia menggunakan poligraf untuk mengesan seseorang terbabit dalam rasuah, penyelewengan, menagih dadah, pernah mencuri di tempat kerja lama, membocor rahsia syarikat, menipu kelayakan. Sebuah syarikat farmasi di Selangor kerugian RM2 juta setahun kerana pekerjanya mencuri. Hasil ujian poligraf, beberapa kakitangannya mengaku bersalah dan syarikat itu kini berjaya mengurangkan kerugian setiap tahun.

Malaysia negara pelopor penggunaan dan memiliki pusat latihan poligraf tersohor di rantau Asia. Malah peserta dan agensi penguat kuasa dari Singapura, Brunei, Pakistan, Australia, AS, Afrika Selatan, Syria, Arab Saudi, Maldives dan Indonesia mendapat latihan di negara kita.

Kini Indonesia dan Thailand adalah negara yang semakin rancak menggunakan poligraf bagi mencegah jenayah dan sebagai alat ujian integriti. Majikan boleh menggunakan teknologi poligraf untuk mengurangkan risiko dalam pengambilan pekerja, memilih pegawai berintegriti terutama bagi jawatan berisiko tinggi.

Poligraf juga amat sesuai digunakan oleh Jabatan Penjara bagi mengenal pasti penghuni yang layak mendapat parol atau penghuni yang hendak dibebaskan lebih awal dan sesuai berada dalam masyarakat. Malah poligraf boleh digunakan untuk siasatan dalaman dan ia dapat membantu seseorang yang ditohmah membuktikan mereka tidak bersalah.

Oleh: Akhbar Satar
Sumber: BHarian

Catatan:

Penulis artikel ini [Akhbar Satar] ialah Pemeriksa Poligraf Bertauliah dan Ahli Penuh American Polygrah Association sejak 1987. Setakat ini penulis sudah menjalankan lebih 5,000 ujian poligraf membabitkan pelbagai bangsa dan negara termasuk Amerika, Afrika Selatan, Australia, India, Singapura, Hong Kong, dan Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment