Pas Johor Dimandrem Ngeh Kaw-Kaw Punya!

AYAT STANDARD PAS UNTUK MEMBUKTIKAN MEREKA MEMANG BARUA DAP. KENYATAAN PERIBADI!

KESIAN TENGOK PAS JOHOR YANG 'DIMANDREM' OLEH DAP HINGGA WALAUPUN MARUAH ORANG ISLAM DICABAR OLEH NGEH, PAS MASIH BOLEH TERSENYUM DAN BERSIFAT MEMPERTAHANKAN DAP!

APA PUNYA BAGHAL LA JUAK PAS JOHOR NI!

Pas Johor menyifatkan mesej Twitter, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tentang perhimpunan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang bakal diadakan di Ibu Kota, Jumaat ini, sebagai kenyataan peribadi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, penyertaan Pas dalam perhimpunan itu juga tiada dalam agenda bersama Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya ia lebih kepada isu umat Islam.

Menurutnya, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan semua pihak termasuklah Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantah filem berkenaan, malah tidak terkecuali mengajak orang bukan Islam untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

“Kita mengajak orang bukan Islam untuk bersama dalam perhimpunan ini kerana tidak mustahil akan berlaku situasi di mana agama lain turut dipermainkan seperti mana Islam jika tiada kesedaran berhubung rasa hormat terhadap sesuatu agama.

“Itu adalah pendapat (mesej Twitter) dia dan hak dia berkata sebegitu. Bagaimanapun, sebagai umat Islam, kita ada maruah dan akidah yang perlu dipertahankan,” katanya.

Menurutnya, semua masyarakat di negara ini perlu mempunyai rasa hormat antara setiap agama, sekali gus tidak melakukan perkara yang melanggar sensitiviti kaum dan agama.“Saya mengajak semua masyarakat untuk bersama membantah filem ini, seterusnya menyemai perasaan saling menghormati demi kesejahteraan umum,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaludin berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Koo Ham menyerlahkan sikap anti-Islam pemimpin DAP itu.Katanya, kenyataan biadab itu juga membuktikan Koo Ham bersama DAP tidak sensitif terhadap agama lain khususnya Islam.

“Beliau dan DAP sudah menunjukkan belang sebenar mereka yang selama ini berselindung di sebalik pakatan songsang. Sedar atau tidak, inilah DAP dan kita (Pemuda Umno) tidak akan berkompromi dengan pihak seumpama ini,” katanya.

Syahrin turut berharap umat Islam segera sedar berhubung sikap tidak sensitif pemimpin DAP sebelum segalanya terlewat untuk survival agama bangsa dan negara.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment