Anak Orang Asli Ditampar Kerana Tak Baca Doa!



Murid itu bukan beragama Islam. 

Tapi pada aku, sekalipun budak Orang Asli itu Islam,itu bukannya satu alasan boleh tampar orang sesuka hati hanya sebab kerana tak baca doa. Mungkin ada teguran lain dengan lebih berhemah.

Namun, mungkin ada kisah yang tidak diceritakan dengan lengkap perihal kelakuan murid orang asli tersebut.
Apapun jika benar tindakan ini dilakukan oleh guru lelaki terbabit, ini satu tindakan yang keterlaluan dan sewajarnya guru itu dihukum kerana dikhuatiri akan menjejaskan imej perguruan dan penjawat awam..

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu.. 


****************

Sekumpulan ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan.

Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.

Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka turut ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan ke Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.

Pos Bijai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.

Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.-Mk

No comments:

Post a Comment