InsyaAllah, tahun depan Zulfahmi tak perlu lari dari podiumSepang lagi..

Alhamdulillah. 

Aku sambut baik langkah ini. InsyaAllah, usaha ini akan dipermudahkan olehNya.
Ganti saja dengan grape juice ataupun barbican. 

Sepatutnya SIC perlu lebih peka dan sensitif dalam hal ini lebih awal lagi memandangkan kita negara Islam. 

Hurmm.. Mungkin depa tak jangka kot Zulfahmi dapat naik podium di Sepang..

Cuma puak DAP rakan sebantal PAS je memang benci kalau Malaysia dilabel negara Islam.
Tu pun puak Pas bodo lagi, nak jilat DAP sungguh-sungguh tak mau-mau.. 

********************

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersedia menimbangkan untuk meniadakan tradisi meraikan kejayaan di podium dengan minuman keras pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia sekali gus mengikut jejak Litar Losail, Qatar yang menggantikannya dengan minuman berasaskan buah-buahan, tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Ahmad Razali berkata, beliau yakin tiada masalah untuk mengemukakannya kepada Dorna, malah pemegang hak penganjuran MotoGP mungkin sedia menerimanya dengan terbuka seperti mana mereka melakukannya di Qatar - sebuah negara Islam di Asia Barat.

"Isu meraikan dengan minuman keras ini timbul apabila pelumba kita (beragama Islam), Zulfahmi Khairuddin menaiki podium sebagai pemenang tempat kedua Moto3 (Ahad lalu) tetapi saya fikir tiada masalah untuk meniadakan atau menggantikannya dengan minuman lain seperti di Losail. Di situ sudah ada prosedurnya dan kita mungkin boleh ikutinya pada tahun depan.

"Saya menyedari perkara ini sensitif pada masyarakat kita, malah saya fikir pelumba negara luar sudah boleh menerimanya (dengan terbuka) apabila Zulfhami melarikan diri ketika minuman keras diserahkan kepada pemenang podium dan dia mengelak disembur dengannya oleh Sandro Cortese," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar ini berhubung pendirian pelumba AirAsia-SIC-Ajo kelahiran Banting, Selangor itu yang turut memaklumkan penganjur lebih awal untuk tidak meraikan kejayaan di podium di Litar Sepang dengan menyembur minuman keras yang dianggapnya bercanggah dengan Islam biarpun mulanya menimbulkan tanda tanya ramai pelumba lain.

Sekalipun tidak mahu isu meraikan dengan minuman keras itu terlalu dibesar-besarkan oleh pihak tertentu, Razlan turut berharap Dorna dapat menemui cara penyelesaian terbaik untuk menggantikannya dengan pilihan lain termasuk sekiranya menyentuh soal kontrak antarabangsa dengan penaja syarikat pembekalnya.-Utusan



No comments:

Post a Comment