Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari
menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di
sebuah gedung pakaian jenama terkenal.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata,
hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun
mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.
Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian
jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.
Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat
sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara
terkutuk itu, tidak mungkin.
Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar, katanya.
Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang
dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah
mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.
Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh
mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual
semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.
Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan
meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi
menjelaskan situasi sebenar.
Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.
Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu
kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang
penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka
berbuat demikian.
Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka, tuturnya.
A.S kata senang saja, kalau pihak gedung tu tak tarik balik tuduhan dan berikan penjelasan, saman saja mereka tu, tunggu apa lagi. Ini maruah kita, mana boleh sesuka hati dicalarkan atas suatu kesalahan yang tidak kita lakukan.
Jangan jadi macam Nuar Brahim, sampai skarang tak berani saman Eskay atas tayangan video main dengan china doll tu!!
Kesian kan, baru saja kawin dah timbul fitnah macam macam
ReplyDelete