Tahniah Melayu P.Pinang! Lepas Kg Matahari Naik, Kg Nelayan Teluk Kumbar Pula Bakal lenyap! Mana Yusmadi?

Baru dua hari lepas Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar kecoh dengan sekumpulan penduduk Melayu membantah kerana rumah-rumah mereka akan dirobohkan. Cerita itu masih hangat diperkatakan di kalangan penduduk kawasan Teluk Kumbar. 
 
Semakin hari semakin pupus orang-orang Melayu di Teluk Kumbar khususnya dan di bahagian Pulau, Pulau Pinang amnya. Rumah yang sedang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan pula harga ratus-ratus ribu ringgit. Tidak ada lagi rumah-rumah murah seperti harga RM25 ribu atau RM45 ribu yang dibina oleh kerajaan BN suatu masa dahulu.
 
Cerita benar yang baru diterima, satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah di situ. Kena halau lagi! Sudahlah kena halau, pihak plantif juga akan menuntut daripada defendan gantirugi yang ditaksir akibat dari kegagalan defendan menyerahkan milikan kosong. 
 
Termasuklah juga segala faedah, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah. Sebanyak 14 keluarga orang Melayu di Kampung Nelayan terpaksa hidup tanpa rumah jika tidak ada pembelaan yang sewajarnya bagi pihak mereka.
Bantahan penduduk di Kg. Matahari Naik

Sudahlah jatuh ditimpa tangga! Inilah bala petaka yang menimpa orang-orang Melayu sejak pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR di Pulau Pinang. Sepatutnya Timbalan KM Pulau Pinang, Dato' Mansor, YB Abd. Malek (ADUN Batu Maung) Speaker DUN, Dato' Abd. Halim dan ADUN tunggal PAS, Ustaz Salleh Man bangkit dan membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang ini.   
 
Penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan mungkin juga di tempat-tempat lain tidak senang duduk hari ini. Di sana sini projek rumah mewah naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkampungan Melayu sikit demi sikit semakin terhapus. Hidup orang Melayu semakin terhimpit akibat keadaan politik yang tidak memihak kepada orang Melayu. 

Kehangatan isu merobohkan rumah di Kampung Matahari Naik masih belum reda. Yang terlibat kebanyakannya penyokong dan pengundi-pengundi PR. Tapi di mana pemimpin-pemimpin pembangkang, wakil rakyat pembangkang dan penyelaras DUN semasa penduduk-penduduk ini tersepit? Apakah ini yang dikatakan PR sebagai parti membela rakyat? 
 
Akhirnya pemimpin UMNO juga yang terpaksa turun padang membantu dan akhirnya pelaksanaan meroboh rumah-rumah tersebut ditangguhkan oleh mahkamah. UMNO yang dikatakan parti yang zalim inilah yang membantu orang Melayu yang dizalimi. PAS dan PKR apa buat? Ceramah, ceramah dan ceramah hanya untuk ke Putrajaya. Itulah kerja pemimpin2 PR siang dan malam. Hidup UMNO! hidup Islam! dan hidup Melayu! 
 

6 comments:

  1. bertuahlah rakyat p.pinang terutamanya kg nelayan teluk kumbar setelah sekian lama dizalimi oleh kerjaan BN maka mereka akan menerima ganjaran dari kerajaan yg maha adil.

    ReplyDelete
  2. melayu pp tak sedar2 lagi. pru13 ni nanti, beri lagi kuasa memerintah pp kepada dap, pkr, pas yer. kalu bagi kat bn nanti tak leh masuk syurga dap!

    ReplyDelete
  3. sudahlah luka kau orang jirus cuka lagi.

    ReplyDelete
  4. Anak anak melayu perlu diajar sejarah. Akibat mak bapak main politik anak anak hilang negara.

    ReplyDelete
  5. Tajuk diatas 'Tahniah' itu hanya sarcastic. Jangan lurus bendul tak paham sangat.
    Aku ucap tahniah kepada melayu bengong yang sokong pakatan haram tu!

    ReplyDelete
  6. Menang sorak kampung tergadai. Bukan setakat kampung ja hangpa gadai, maruah bangsa & masa depan anak2 hangpa sekali semua hangpa serah kat harbi.

    Aku nasihat kat hangpa Melayu PP hak gatai tangan pi pangkah PR PRU lepas,pi terjun laut, jangan timbui2 dah!. Jangan ada lagi keturunan bodoh duk ada dalam bangsa melayu kita ni. Buat malu saja.
    PTUIHH!

    ReplyDelete