Najib: Kabinet bayangan & bajet PR kelirukan rakyat

DS Najib ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, mala mini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Pakatan Rakyat (PR) yang mahu mewujudkan Kabinet bayangan tetapi sehingga kini masih berteka-teki dan setiap pimpinan parti memberi mesej yang bertentangan.

Menurut Najib, permainan PR ini hanya sekadar mahu mengelirukan rakyat negara ini semata-mata.

"Masing-masing beri kenyataan berbeza, ada yang nafikan wujudnya Kebinet bayangan, ada pemimpin mereka (PR) yang nafikan, malah ada yang kata ia tidak perlu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Dalam pada itu, Najib mendakwa Bajet PR tidak bersifat mapan dan tidak ada kestabilan kerana ia boleh memberi mudarat besat terhadap ekonomi negara. Menurutnya, daripada penilaian yang dibuat, Bajet 2013 yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.

"Majlis Tertinggi mengambil kira yang bajet PR tidak dapat tumpuan ramai dan kami merasakan ia tidak dapat dipertahankan," katanya.

Perdana Menteri membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu manakala perikatan pembangkang pula membentangkan Belanjawan PR beberapa hari sebelum itu.

"Kami dapat rasakan yang bajet mereka tidak dapat dipertahankan kerana ia tidak mapan. Belanjawan mereka juga boleh memberi kesan dan mudarat besar terhadap ekonomi negara," tegasnya.

Najib yang juga Presiden Umno komited untuk terus memberi penjelasan kepada rakyat berhubung bajet yang dibentangkan kerajaan.

"Kami berjanji akan melaksanakan dan punya iltizam yang tinggi,"ujarnya.-SH

No comments:

Post a Comment