Siapa Selebriti Yang Bersama Safiq Rahim Ni?
Sori, sebenarnya Safiq pun tak kenal yang dia seorang selebriti dan takda apa hubungan pun.
Arafah Adruce? Siapa dia ni? Korang kenal ke dia ni sebagai selebriti?
Maaf, langsung tak kenal. Ramai sangat artis di Malaysia termasuk yang suam-suam kuku pun ngaku artis.
Apapun, takziah kepada Selangor kerana tewas semalam.
Team Annuar Musa ternyata lebih baik dari team Khalid Ibrahim.
Pok Nik tak masuk dalam ini cerita..
**********
Pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim menafikan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti bernama Arafah Edruce. Malah, jejaka kecil molek ini memberitahu dia langsung tidak tahu bahawa wanita yang bergambar bersamanya itu adalah seorang selebriti.
Bakal turun mewakili Selangor semalam untuk pertemuan separuh akhir Piala Malaysia dengan Kelantan, pemain tengah ini mengakui dia ada bergambar dengan Arafah namun tidak mengenalinya.
"Saya mengaku memang saya bergambar dengan dia. Namun, saya betu-betul tidak kenal dia tu siapa. Saya pun tak tahu dia tu sebenarnya seorang selebriti atau public figure. Saya ambil gambar dengannya pun selepas dipelawa oleh kawan. Itu baru pertama kali saya berjumpa dengannya.
"Saya bergambar dengan dia macam saya bergambar dengan peminat lain. Terus-terang, saya tidak bercinta dengan dia pun. Apatah lagi keluar makan malam bersamanya," katanya.
Dalam pada itu, Safiq tanpa berselindung memberitahu dia masih lagi belum mempunyai teman wanita yang istimewa.
"Saya masih lagi solo. Saya akui memang pernah bercinta dengan seorang kakitangan Astro. Saya masih lagi berkawan dengan dia. Namun bukan bercinta. Saya pun tidak boleh tipu pernah berkawan dengan kekasih Irfan Fazail (pemain Harimau Muda) iaitu Nadia Zuber (pengacara Scoreboard). Apapun, biarlah apa orang nak cakap," jelasnya.-Murai
No comments:
Post a Comment