Kan aku dah kata! Pecacai Pakatan Yang Mula Dulu Provokasi!

 Video-video insiden ini korang boleh tengok entry aku sebelum ini di .SINI.

Provokasi pembangkang didakwa menjadi penyebab kekecohan pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak sehingga seorang Pemuda Umno menerima 9 jahitan  di kepala, malam tadi.

Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, tindakan provokasi seorang penyokong pembangkang yang bertindak meluru kepada Pemuda Umno menjadi punca insiden tersebut.

Beliau menjelaskan, penduduk setempat di Rantau Gombak Utara membantah ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  kerana berlangsung di hadapan bilik gerakan peti undi Gombak Utara, yang pada masa sama  berlangsung taklimat pilihan raya.

“Apabila penduduk dan Pemuda Umno Bahagian mengadakan bantahan secara aman di tempat kami, salah seorang daripada mereka telah meluru ke arah kami sambil provokasi  dilakukan pembangkang dari tempat mereka.

“Mereka membaling batu, periuk belanga, kuali, tong air yang datang dari gerai-gerai di sepanjang jalan,” katanya pada sidang media di Pejabat Pemuda Umno, Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, seorang Pemuda Umno cedera di dahi dan menerima sembilan jahitan dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gombak berhubung kejadian itu.

Pada ceramah umum Pakatan Rakyat yang dihadiri  Anwar  di Dataran Batu 8 1/2 , dua cedera  masing-masing di dahi dan bahu kiri dalam insiden provokasi, malam kelmarin.

Ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa beliau mengetuai serangan tersebut, Megat berkata, tuduhan itu berniat jahat.

“Saya mengetuai program yang Pemuda Umno adakan, tetapi saya tidak mengetuai provokasi tersebut,” katanya yang mendakwa ceramah pembangkang itu tidak memperolehi permit polis.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan bersedia memberikan kerjasama.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan Batu 10 Gombak,  Mohd Faizaruddin Mustafha, 37, yang cedera di dahi ekoran kejadian itu menjelaskan, provokasi dimulakan oleh pembangkang apabila salah seorang daripada mereka bertindak meluru ke arah Pemuda Umno yang berdiri di seberang jalan berhadapan bilik gerakan.

“Kami hanya berdiri di hadapan bilik gerakan di seberang jalan tanpa membawa sebarang objek, dan salah seorang daripada mereka  meluru ke arah kami.

“Kami cuba menolaknya, tetapi enggan berganjak malah lebih ramai yang bertindak meluru kepada Pemuda Umno. Pada masa yang sama pelbagai objek dilemparkan kepada kami,” katanya.

Tambahnya, kejadian sekitar jam 10 malam itu, telah menyebabkan beberapa Pemuda Umno turut mengalami kecederaan ringan.-SH

1 comment: