Rejim DAP Sudah Tunjuk Perangai Komunis! Bendera BN Bakal Diharamkan Dalam PRU13?


A.S kata, Nampak gayanya belum lagi memerintah Putrajaya, DAP sudah tunjuk taring mereka seperti diktator ala komunis. Wahai cacai pakatan, masih butakah mata untuk anda melihat amaran ini secara lebih mendalam?

Semasa BN memerintah P.Pinang dulu, pelbagai bendera parti komponen pakatan haram dipasang sesuka hati di merata tempat. Pernahkah kerajaan negeri keluarkan amaran seperti ini? Begitu jua di negeri diperintah BN, adakah pernah kita beri amaran sekeras begini?

Dan persoalan aku untuk Guan Eng dan para pencacainya, adakah bendera DAP,PKR dan PAS serta pebagai kain rentang, billboard,bunting yang dipasang di seluruh pelusuk negeri P.Pinang mempunyai permit kebenaran dari PBT? Sudah pasti tidak!!

Wahai Ong Ah Teong, kau jangan jadi kaduk naik junjung,beraja dimata bersultan di hati!
Kau rasa kau dah habis hebat bila jadi ahli majlis PBT?
Jangan.. Kesabaran orang BN ada hadnya!!
Kalau PBT di bawah kerajaan P.Pinang berani mengharamkan pemasangan bendera BN dalam PRU13 ni, silakanlah berbuat demikian.. Silakannnn


***************

Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dibenarkan memasang bendera parti sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kegagalannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong mendakwa, banyak bendera 1Malaysia yang digantung di laluan-laluan utama di negeri ini sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN negeri kelmarin tidak mempunyai permit. Selain itu jelasnya, pengantungan bendera berkenaan juga dikatakan membahayakan penguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

“MPPP memberi tempoh seminggu kepada BN negeri untuk tampil membayar kompaun bagi menuntut kembali bendera-bendera yang dirampas. "Sekiranya gagal berbuat demikian, kami (MPPP) akan menyenaraihitam BN untuk memohon permit bagi mengantung bendera parti selepas ini termasuklah semasa berlangsungnya pilihan raya umum nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-utusan

1 comment:

  1. bleh la,,, maharajalawak dh abs.. bca krg pnye blog leh la gak thibur.. kekeke

    ReplyDelete