Siapa pelakon popular yang hadir ke 'ceramah PAS' ni?


Kenal tak mamat ni? Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster".

Adam sebenarnya bukan hadir ke ceramah maki hamun fitnah adu domba tipikal PAS.
Beliau sebenarnya mahu mencari ilmu dari ulama sebenar.

Dia telah menghadiri Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung di sebuah surau di Bukit Gantang yang disampaikan oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din.

Menurut Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping.

Alhamdulillah kalau Adam Corrie ni berubah ke arah lebih baik. Dia ni seorang mualaf yang sememangnya memang mahu dekat dengan agama dari dulu lagi. Bukan kerana PAS ok! Adam juga dilihat tak pernah keluarkan kenyataan bukan-bukan yang banyak menyinggung perasaan orang lain.

Baguslah Dr Haron Din beri tajuk isu penggunaan kalimah Allah tu..
Biar celik sikit hati puak pas yang terlalu taksub dengan putrajaya hingga sanggup menggadaikan agama.
Kalau nak melawan lagi, tak tau nak kata apalah.

Biarkan Nuar dan Azmin serta puak PAS Anwarinas terus bersetuju dengan ketetapan PR atas persetujuan pengunaan kalimah Allah tetapi tidak bagi majlis syura PAS.


Kelihatan Adam Corrie sedang berdoa bersama hadirin yang lain diluar surau Ma'arof Taman Simpang Bukit Gantang.

-Petikan dan suntingan dari orangni.blogspot

No comments:

Post a Comment