Mantan Pengarah Jabatan siasatan Jenayah PDRM/Bekas Calon PAS Parlimen Larut Meninggal Dunia..

Keadaan arwah di ICU semalam

Dukacita dimaklumkan bahawa DATO MOHD FAUZI BIN SHAARI, Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Disember 2013 bersamaan 27 Muharam 1435 Hijrih dan jam 2017 malam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor.

Arwah dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang.

Allahyarham berumur 63 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Pengebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetap.

Maklumat yang lain akan dimaklumkan kemudian.

Semoga Allah SWT perkenankan roh arwah berada bersama muslim yang soleh dan beriman.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment