Henpon dalam dubur? Logik atau tidak? #MH370


Cukup tidak munasabah bagi seseorang mampu bertahan selama 14 hari dengan sebuah telefon bimbit berada di dalam dubur.

Pakar Kesihatan, Dr Shariff Ramlee berkata, sebarang benda asing yang berada di dalam saluran usus bakal memberi kesan sampingan kepada individu itu.

“Analogi yang boleh saya katakan di sini, sekiranya seorang kanak-kanak tertelan sebiji sel kering, ia harus dikeluarkan secepat mungkin kerana bahan kimia yang terdapat dalam sel kering mampu bertindak balas terhadap cecair di dalam badan.

“Begitu juga dengan sebiji telefon bimbit dalam dubur berkemungkinan bertindak balas dengan cecair yang ada bakal menyebabkan satu litar pintas kecil dan bahan kimia pada telefon itu mampu mengakibatkan luka serta menipiskan dinding usus,” katanya.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya telefon bimbit berkenaan adalah bersifat kalis air atau diletakkan dalam sebuah bekas kalis air.

“Pernah pesakit saya mengalami situasi yang sama, tetapi telefon berkenaan dimatikan tetapi untuk beberapa jam sahaja.

“Apa yang menjadi sesuatu yang mustahil adalah kemampuan kuasa bateri bertahan selama dua minggu dan bagaimana seseorang yang normal menjalani kitaran hidup tanpa membuang air besar,” katanya.

Ditanya mengenai gelombang yang dihasilkan sebuah telefon bimbit mampu mengakibatkan penyakit kronik, beliau berkata, perkara tersebut masih lagi belum dapat dibuktikan dengan konkrit.

“Kalau untuk penyakit kanser saya tidak boleh katakan tidak kerana semua masih dalam peringkat kajian,” katanya.

Sebelum ini, sebuah blog memaparkan mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya Philip Wood itu mendakwa dia bersama yang lain ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

Dia mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya diberikan dadah oleh perampas.

Wood mendakwa menyembunyikan telefon di dalam dubur yang membolehkannya menghantar mesej.

2 comments:

  1. Pakar kesihatan cuma tahu buat anologi dari segi perubatan sj. Dia bukan penyiasat. Sb tu bila wood bgto smbunyi hp dlm dubur dan gmbr profil bertarikh 19.03.14, maka si pakar kshtn tu sangka hp tu berada dlm dubur lebih sepuluh hari.dia bukan penyiasat. Dia tdk fikir, yg wood mungkn cuma smbunyi hp dlm dubur bbrp jam sahaja, yakni mungkn dari saat dlm rampasan dlm pesawat hinggala dia dmasukn dlm bilik gelap. Setelah berada dlm bilik gelap, wood mungkin telah keluarkn dan sembunyikn pula dibahagian atau tempat lain. Pd masa itu, perampas sudah tidak curiga apa2 yg wood ada apa apa brg spt hp kerana pastinya sudah diperiksa seluruh badan sblm dimasukkn dlm bilik atau ketika dlm pesawat lg. Setelah keadaan agak selamat barula wood htr mesej.

    Ada yg persoal knp tak htr sms shj kan? Kena ingat wood seorang pakar.genius. Jk sms shj, agak sukar utk penerima kesan dari mana sms dhantar. Tp bila hntar gambar(profile)maka penerima boleh check lokasi darimana gambar itu diambil menerusi software.

    Pelikkan, kalau bukan penumpg mh370 bernama philip wood tu yg hantar mesej ke forum tu, siapakah pula yg hantar gambar hitam tu yg diambil dari diego garcia?????

    -wau

    ReplyDelete
  2. bateri hp bertahan berminggu2 dah x mustahil skrg. try google zerolemon. senang2 capacity hp tertentu boleh ditingkatkan kpd 10000 mah. mungkin saudara terdekat/sahabat kpd wood boleh sahkan jenis hp yg diguna.

    ReplyDelete