Sadis! Penyamun Mati Sejurus Selepas Merompak di Kota Warisan (8 Gambar)

Salaam semua para pembaca blog aku. 
Nak kongsi cerita ini yg berlaku siang tadi. Harap jadikan iktibar dan teladan.
Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah 

Maklumat awal kejadian samun di alamat No 30 Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan...Suspek (3) lelaki di percayai bangsa Melayu telah menaiki 2 buah motosikal telah masuk ke rumah mangsa dan acukan parang paad mangsa.

Semasa kejadian pagar dan pintu rumah dalam keadaan terbuka.. perompak berjaya membawa lari wang tunai dan barang-barang kemas .Jumalah kerugian belum dapat dipastikan lagi..

Secara kebetulan, kejadian rompakan itu telah dilihat oleh jiran mangsa menyebabkan jiran mangsa terus kejar perompak-perompak tersebut.

Apabila sampai di suatu simpang jalan lampu isyarat Genting Sayen , Banting salah sebuah dari motosikal tersebut telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta SUV.

Perompak dilaporkan mati di tempat kejadian.

Dua bilah parang senjata yang digunakan untuk merompak telah tercampak di tepi jalan dan beberapa barang kemas dan wang dijumpai di kocek belakang perompak tersebut.

Laporan lebih terperinci akan menyusul.







1 comment:

  1. Kesiannya ! Wa inna lillahi wa inna ilaihi raji'un !
    "Tidak beriman seorg penzina ketika dia berzina, tidak beriman seorg pencuri ketika dia mencuri, tidak beriman seorg peminum arak ketika dia minum arak." HR Muslim.

    ReplyDelete