Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan. Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.
Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam. “Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu kepada FMT.
Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif. “Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu lagi.-FMT
A. S setuju banget dengan calon ini.. |
A.S nak tambah sikit saja sebagai cadangan kepada Tok Najib, jangan lupa si Rauf Setiausaha Kerja UMNO Pusat ditukar sekali. InsyaAllah perjalanan UMNO akan lebih lancar selepas ini...
Dicadangkan juga existing UMNO strategist digantikan juga kerana dah lebih 5 tahun kebelakangan ni tiada langkah2 strategik yang benar2 berkesan untuk melemahkan musuh dan memenangi hati rakyat, terutama dari pembangkang dan yang duduk atas pagar.
ReplyDeletezamano
Wakakakakakakakka
ReplyDeleteAli Baba Dan 40 penyamun. Habislah duit Kantong.
Hambo setuju dan Dato Ahmat Said mengantikan Rauf.
ReplyDelete