Pemilik Honda City Sanggup Korbankan Keretanya Demi Menangkap Peragut (5 gambar)


Kan bagus kalau semua rakyat Malaysia sanggup berkorban dan komited seperti ini sudah pasti indeks jenayah akan turun secara drastik.

Sebuah kejadian ragut berlaku pada petang semalam di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.

Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap dua suspek itu dengan membelasah mereka secukup-cukupnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.

Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.







Sumber: My Media Hub Online / Daily Traffic Report

1 comment:

  1. Asrama Kingfisher tu disewa oleh UMS, bukannya disewa oleh pelajar UMS.

    Kini asrama Kingfisher tu diduduki oleh pelajar Medic UMS, mungkin sebab Hospital lebih dekat.

    Tahun lepas anak saya menduduki Asrama Kingfisher, kini duduk diasrama dalam kampus UMS.

    ReplyDelete