12 fakta untuk menjawab pengurangan subsidi minyak..
Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.
1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.
2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.
3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.
4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.
5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.
6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.
7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.
8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.
9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.
10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.
11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.
12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.
(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)
Tak Boleh Kasi Subsidi Tak Payah Jadi Kerajaan Lah..
ReplyDeleteMenteri Letak Jawatan, Bubar Parlimen..
Amerika pon ada Subsidi, Negara Maju pon ada subsidi..
Kerajaan BN nak Nyahkan subsidi Mari Kita Nyah kan Kerajaan BN
http://www.forbes.com/sites/energysource/2012/04/25/the-surprising-reason-that-oil-subsidies-persist-even-liberals-love-them/
DeleteYang dok bagi BR1M tu bodoh apa? Lagi banyak kebocoran berlaku. Yang pasti BN memang bodoh. Najib tak belajar dari kesilapan pak lah pada PRU2008. Yang pasti BN akan tersungkur terus pada PRU akan datang. Dengan GST 6%, CPI tak mungkin dapat bertahan bawah 4%. Apa akan jadi pada ekonomi Malaysia. So, jangan apply ekonomi guna formula 1 + 1 = 2 kerana dalam ekonomi kena tengok sebagai satu sistem. Kalau hancur sistem tu, semua akan hancur sekali.
ReplyDeleteBR1M had caused instant cash in the system that benefits the Business community for more than RM5bil yg rata2 ramai cina. Knp melayu takmo ambik peluang niaga tu?
ReplyDelete"...mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi."
ReplyDelete> Kumpulan ini termasuk para kapitalis: Taukey-taukey besar dan para peniaga. Mereka tidak akan serapkan kos yang meningkat ini sebagai perbelanjaan mereka - dan reda dengan pengecutan keuntungan mereka; sebaliknya, mereka akan naikkan harga barang dan khidmat perniagaan mereka. Yang tersepit - pemakan gaji dan konsumer atau pengguna teratang-tang! Jadi,
1) Jangan naikkan subsidi minyak petrol yang membawa implikasi kos dan kosting meluas.
2) Teruskan BR1M, dan
3) Mulakan sistem kupon (seperti di USA) bagi mereka yang benar-benar susah.
Langkah 2 dan 3 itu pun boleh menyebabkan pihak kapitalis/peniaga menaikkan harga barang-barang keperluan. Oleh itu, pihak bertanggungjawab - tolong ketatkan lagi penguatkuasaan harga-harga barang. Tolong!
Ini semua akibat Br1m bodo tu..
ReplyDeleteConfirm inflasi makin teruk.
BN akan jatuh dlm PRU14..?? Maaf la.. selagi ada melayu yg bodoh.. yang masih otak BN..UMNO yang terbaik dalam dunia ni.. maka.. sampai bila-bila pun BN tak akan jatuh. Bising..?? ala.. 3-4 hari ni bising la.. pas tu TV3 tayang gambar Hindi.. ASTRO bagi free seminggu.. senyap sunyi sepi...!! Tak caya..?? Tunggu dan lihat... berapa hari nak bising..
ReplyDeletesangat membebankan....
ReplyDeletePetrol naik pun bukannya mati. Bukannya tak boleh pergi masjid ke surau ke naik motor atau jalan kaki. Kurang2kan le jalan2 cari makan. Membazir... sahabat syaitan.
ReplyDeleteNak jimat naik ler LRT ke bas. Yg penting redha... Allah bole tarik rezeki seseorang sekelip mata sahaja. Takbir !
Bodohlah kau. Bukan saja harga petrol saja naik, barangan, perkhidmatan, bas sekolah.,. Naik 20 sen boleh akibatkan pertmbahan belanja bulanan meningkat ratusan ringgit.
Deletetp rasanya lg bodoh sapa yg undi PR...talk talk talk talk..action tarak...lepas tu subsidi pun tak menyeluruh dlm semua negeri mereka...bg air sudsidi kat selangor...tp kat penang naik harga air....kat kelantan air tak bersih...aiyo...
ReplyDeletehaih...
-smh-
Aku mmg rasa marah dgn kenaikan harga minyak 20 sen lebih marah dr kenaikan harga rokok rm1 itu hari.. Dlm masa yg sama aku nmpk rasional yg dijelaskan dlm artikel.. Ttp yg kita persoalkan adakah pengurangan ini betul2 digunakan dijalan yg betul? Selain dr pengurangan subsidi, kerajaan juga kena usahakan juga utk mengurangkan ketirisan dan pembaziran. Kurangkan subsidi mmg jln termudah budak tak pass upsr pun blh laksanakan tak perlu byr gaji penasihat mahal2.. Aku bukanlah penerima brim dan aku juga bkn kakitangan kerajaan yg berpencen dan mendpt habuan setiap kali bajet dibentang. Alhamduliillah setakat ini cukup makan pakai sekeluarga 7 org.. Blh juga menderma sikit sebanyak blh bg wang pd ibu bapa. Jika kerajaan yg ada ini benar2 ikhlas mahu tolong rakyat insya.. Rakyat akan nampak.. Ttp jika sebaliknya rakyat juga akan menghukum mrk. Cuma transform yg najib nak buat ni terlalu lembab mcm tak transform lgsg.
ReplyDeletemacai suka minyak naik ni...syukur malaysia masih aman...
ReplyDeletekalau tak pandai mengurus negara lebih bagi kepada mereka yang bijak..alasan yang di beri tak boleh diterima akal langsung..yang kaya atau miskin tetap rakyat malaysia dan berhak menikmati kemudahan yang disediakan...kekayaan bukan datang mengolek ke pintu rumah..kemiskinan bukan disebabkan oleh mereka sebaliknya oleh kerajaan....lihat saja berapa bnyak kilang yang telah dirasmikan oleh Pm...yang mana boleh membantu golongan misikn ini mendapat pekerjaan..berbanding dengan zaman Tun M....PM sekarang mencipta masyarakat pemalas bagi dengan memberi sogokan berupa BrIM dan menyebabkan rakyat jadi malas berusaha dan mengharapkan imbuhan daripada kerajaan...memag POYO
ReplyDeleteKenapa golongan kaya sering dinafikan sabsidi ke atas mereka? Bagi saya mereka adalah warga negara yang berhak kepada apajua keistimewaan yang diberikan kepada setiap rakyat Malaysia. Mereka adalah penyumbang pendapatan kepada kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Adalah tidak adil sekiranya kenaikan cukai sering dibebankan kepada mereka dan subsidi rakyat Malaysia sering nak dinafikan kepada mereka? Jika ini dipraktikkan, sama seperti kaedah Robin Hood.... Setuju?
ReplyDeletePada aku senang..belanja ikut kemampuan..mana mana parti yang memerintah pun baik BN atau PAKATAN sama aje..PAKATAN dalam negeri pun tak terkawal..BN pulak semacam aje..kalau rasa terbeban lebih baik cari peluang peluang rezeki..ini tidak.. besar kerak dari nasi..kalau PATI boleh hidup mewah kita ni kenapa tak boleh ?..sebab kita malas..anak koi dua bulan kerja part time cuti semester boleh kumpul duit beli motor..bukan calang calang motor tapi dia kerja 12 jam sehari termasuk PH/overtime..kenapa tidak anda?
ReplyDelete