Pengurangan Subsidi Minyak. Lagi fakta yang perlu anda ketahui..


Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. tlh berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan,  Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki.

Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Bak kata dr Azizan Osman 'bila sume brg naik apa perlu kita buat adalah menaikkan kualiti hidup,ikhtiar utk naikkan produktiviti maka kita akan ke depan'
Keje dok ponteng,rehat lebih masa,pastu komplain xdpt naik gaji, knp???
sedangkan selama ni duk curi tulang.

Kenaikan harga adalah sebentuk ujian yang Allah timpakan ke atas hambanya  di mana ia adalah suatu yang tidak disenangi.

Seseorang perlu berhadapan dengannya melalui kesabaran, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)

Fakta berdasarkan Al- Quran dan Hadis

7 comments:

  1. itu baru harga minyak..

    harga barang2 lain tak nak kira ke?

    ReplyDelete
  2. bodoh punya kerajaan bn bongok tk hargai langsung sokongan rakyat kali ni mampos la ko bn jatuh tergolek

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya harga minyak ni Allah yg tentukn.... bila Allah seru utk naik.. maka kerajaan UMNO/BN terpaksa lakukan. Jika anda bantah/engkar/ melawan/ kutuk/ bersungut @ apa-apa saja yg seangkatan dengannya... MAKA ANDA TELAH DERHAKA DAN TIDAK WALA' pada perintah Allah SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga minyak turun dipasaran dunia...kenapa malaysia naik pulak..tak kursuslah apa istilah rasionalisasi subsidi ke apa ke..naik kan namanya..lepas ni semua barang naik sebab kos pengeluaran naik.

      Delete
  4. Lambat laun minyak harga minyak akan naik kita aje yang tidak bersedia sebab terlalu manja dan selesa..tak puas hati salahkan orang itu orang ini..sendiri berhemah dan sentiasa siap siaga hadapi kehidupan...kalau semua nak murah dan ditakok lama baik mati lagi bagus..

    ReplyDelete
  5. Metematik kamu adalah metematik juru cakap politik lah.
    Banyak faktor2, variabel, konstan yg awak abaikan.
    Anonymous 4.09 mengatakan sesuatu yg perlu di ambil perhatian.
    Kalau kegawatan 97/98 mengambil alasan awak, maka kesan akan lebih teruk...
    Pemimpin skrg ada pilihan ttp agak malang pd fikir saya...
    ...masa dah time bg org spt saya utk mengubah haluan...sayang cukup sayang..

    ReplyDelete
  6. Org kafir ja yg tolak firman Allah swt dan hadis nabi.

    ReplyDelete