Mesti Baca! Surat Terbuka buat Tun Mahathir.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

24 comments:

  1. Amboi... ingatlah...apa yang keluar dari mulut kita....hanya dengan memohon maaf sahaja boleh menyebabkan kita terlepas dari azab Allah andainya sesuatu perkara kita tulis tidak benar.

    kalau itu tidak benar....siaplah dengan api neraka Allah....

    Semoga menjadi iktibar buat kita semua....Jari menaip mengikut perasaan, emosi yang datang dari akal...sama lah ibarat ungkapan dari mulut.

    ReplyDelete
  2. Ya Tun M patut bersyukur dikurniai Allah swt umur selanjut tu dan sihat walafiat pulak.

    Gunakan manfaatkan untuk kebaikan bukan memecahbelahkan bangsa sendiri...

    Jengok2lah PROTON tu, kesian.

    ReplyDelete
  3. Saya faham masaalah proton ni..sbb bersama sama dari mula smpai skrg.Ramai pekerja yg berpengalaman dh lari.Staf dok menyungut memanjang.Pelanggan dok maki2 kereta xde kualiti.Mcm sya punya preve dan iris baru dua2 ada masaalah.Nak tlg proton atas smgt bumi tp hampa.kereta dh la mahal mcm kereta jenama lain.Harapkan lotus handling je bagus.Tp enjin dan gearbox hancur.Bkn nak kondem tp staf sendiri pun komplen dan x puas hati.X percaya pergi la dkt proton coe Subang dan tgk kerenah2 pelanggan dan staf sana.Kesian staf bonus pun ciput.Kwn saya yg jd dealer punya lama di Sg Buloh pun dan gulung tikar.Proton2 sudah sudah lah.

    ReplyDelete
  4. Berhentikanlah mahdey...buat kerosakan jer!!!
    Gantilah dgn yg betul2 ada pengalaman dan kebolehan.
    Ini asyik menyalak org lain tapi diri.sendiri mcm x&#+#@.Udah2 ler sibok buat dosa mentohmah..memfitnah..mengutuk dsbnya.Tengok2 dan jenguk2 lah proton tu wahai tun mahdey oii...Kutuk org tak pandai jaga ekonomi negara...kilang proton tak sebesar mana tu pon dh berbillion2 hutang.Sejak dari dulu asyik rugi dan rugi jer syarikat yg dijaga tun mahdey nie.Tak kan nak bermalas2an dgn subsidi dan bantuan kerajaan jer..wei!!!!Bukan nak sabotaj kereta kebanggaan negara tetapi hakikatnya manusia2 bodo dan bangang dlm proton yg tak pandai bekerja kena berhentilah.TAK KAN NAK MAKAN GAJI BUTA..WEI!!!!
    Yang masih ikut cara 22 tahun kena berhenti dan cari ceo ker atau pengerusi baru ker krn yg ada adalah manusia ego yg perasan hebat segala2 nya.
    Buat tun mahdey....dpd sibok menyalak 1mdb...baik menyalak proton yg semakin layu tu.Buat post mortem dan jangan guna kepala batu sorg diri.Jangan yes bos memanjang....duduk semeja dan cari keputusan yg memuaskan.Apa nak dibangga menyalak sedangkan yg dijaga semakin nazak.

    ReplyDelete
  5. Aku mmg peminat Tun Mahathir krn kejayaannya ttp tidak tau dan tidak mau tau cacat cela pemerintahannya selama 22 thn.

    Tapi kalau betullah apa yg ditulis tu, harap-harap jgnlah Tun menghabiskan saki baki hidupnya utk memecah belah org Melayu amnya dan parti org Melayu UMNO khususnya, krn manusia akan lebih mengingati kesilapan/keburukan seseorang utk jangka masa lama dan cepat melupakan kebaikan seseorang walau banyak mana sekali pun.

    ReplyDelete
  6. As salam..Maaf Tun saya bkn nak menguris hati Tun,tp apa yg di tulis oleh saudara Ariff adalah benar belaka.Iris pun di buat x cukup ranum yakni bersedia.2nd hand dealer di mudah.com pun dah lelong kereta baru Suprima unregistered 2013 dgn haga x masuk akal.Dealer2 proton bnyk yg nak tutup atau jual syer mereka.Bayangkan pekerja proton sendiri pun menyungut.Sejak diambil oleh DRB ianya menjadi bertmbah teruk.Bkn x syg atau xmau sokong proton,tp ianya mcm dah xde harapan lagi.Bnyk vendor yg nak gulung tikar.Pekerja2 yg setia dan berpngalaman dlm proton semua dah lari.Bayang kan saya dulu beli preve exec 2013 dgn harga 63k skrg baru dh jd 53k!.Nak jual pun xde harga dgn bnyk masaalah lagi.Proton sedang terkapai kapai mencari rentak.Staf2 baru yg ada skrg langsung xde yg berpengalaman.Dgn gearbox dan enjin yg bermasaalah mcm mana la nk jual.Nak lawan perodua mcm langit dan bumi.Setakat nak harap market dlm negera dgn kereta kualiti mcm ni nmpak gaya tutup Proton ni.Semua kereta pun ada masaalah tp x seteruk Proton.Tun fokus la betul2 dgn masaalah Proton ni.Kesian kat semua yg terlibat kalau proton tutup.Proton never learn..And to many red tape n cari mkn officer.Memalukan.Saya tahu masaalah proton ni sbb saya dulu terlibat dgn vendor di zaman Tengku mahaleel.Maaf Tun jgn marah ya..

    ReplyDelete
  7. amboi yg kat ats tu bukan main cakap bab Agama untuk membela Tun. Kenapa kau tak sebut pula dosa berkaitan fitnah yang Tun buat. Nampak sangat taksub dan buta tuli guna pakai Agama untuk kepentingan. Umur dah 90 sepatutnya jadi contoh tebraik bukan jadi penghasut dan memecahbelahkan umat.

    Proton itu satu contoh budaya politik Tun yang pentingkan kroninya sahaja. Sebab itu Proton susah nak naik!

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Ramai tak sedar sebenarnya Tun Madey lah merosakkan Proton. Sejak zaman dia jp PM Proton tidak diarahkan dengan betul sebagai pembuat kereta sebaliknya lebih sebagai hub melahirkan vendor perniagaan kepada ahli-ahli politik kroni. Maaf cakap itulah realiti. Selama Mahathir menjadi PM itulah Proton dibenci dan didendam oleh pembeli kerana masalah kualiti kereta Proton dengan harga yang cukup mahal. Sehingga melekat di hati pembeli masalah power window Proton itu sebagai trademark selama 20 tahun lebih.

    Nasib PROTON berubah dan mula menyinar apabila Tun Abdullah ambil alih jadi PM. Ketika itu suara-suara dalaman yang bukan elitis pro Mahadey mula bersuara untuk menyelamatkan Proton.

    Akhirnya Pak Lah selaku Pengerusi Khazanah Nasional memberikan green light kepada Board of Director untuk melakukan pemulihan pada PROTON. Orang kuat Khazanah ketika itu yang bertanggungjawan dalam pemulihan Proton ialah Dato’ Mohammed Azlan Hashim.

    Dato Azlan lah yang memainkan peranan penting sehingga Proton mendapat CEO 'EMAS' baru yang telah melakukan perubahan drastik dan amat hebat. Iaitu dengan melantik Dato Seri Syed Zainal Syed Mohd Tahir sebagai CEO Proton. Beliau dikenali sebagai 'Manusia Automotive of the Year' telah melakukan perubahan dengan penuh kesungguhan.

    Keihlasan beliau dalam memulihkan Proton menyebabkan Tun mahathir amat tidak suka. DSZ ketika mula mengambil alih Proton yang berselirat dengan masalah dan hutan berbillion ditinggalkan kroni besar Mahathir- Tan Sri Mahaleel.

    Khazanah telah mengarahkan MV AGUSTA dijual dengan harga rendah sebagai langkah melepaskan liabiliti hutang yang buruk kepada Proton dan syarikat itu juga tidak menyumbang apa2 kepada pemulihan Proton. Kecuali LOTUS, di kekalkan dibawah Proton Holding.

    DS Syed Zainal telah memulakan tugasnya dengan memulihkan projek Savvy, projek mengarut Mahaleel yang tidak memenuhi kehendka pasaran. DSZ melakukan perubahan kejuruteraan melalui platform Savvy kepada melahirkan PROTON SAGA BLM-FLX. Kejayaan ini telah melonjak perolehan Proton dan menjimatkan hampir RM700 juta kos.

    Seterusnya kerja ikhlas DSZ yang dibenci Tun ialah membuat penarafan kualiti kepada semua vendor-vendor Proton supaya hanya vendor yang betul-betul berkualiti dan bukan berteggek atas kontrak politik kroni berada dalam proton.

    Jumlah vendor yang terlalu banyak dikurangkan berdasarkan penarafan kualiti, stau part dari kereta sehingga 10 vendor merupakan satu taktik kotor untuk membela kroni-kroni politik pro Mahathir. Akhirnya DSZ berjaya buang kroni-kroni bermasalah ini. Dendam Tun pd DS Zainal cukup membara ditambah dengan penjualan AGUSTA MV - 1EUR.

    DS Zainal menjadi perhatian peminat kereta kerana beliau ada sahaja projek dan model baru yang akan diperkenalkan Proton jika membuat sidang media.

    Selepas masalah SAVVY, DS Syed Zainal melangkah dengan meneruskan pemulihan kepada model GEN-2 projek merapu ke-2 Mahaleel. Model ini cukup banyak masalah dan enjin CAMPRO yang tidak efektif




    ReplyDelete
  9. sambung..

    DS Zainal melalui team RnD Kejuruteraan Proton memulihkan projek gagal GEN-2 dengan mengambil platform GEN-2 untuk menghasilkan Proton Persona. Satu lagi kejayaan gemilang selepas model Persona dilancarkan. nama Proton melonjak lagi. DS zainal bukan sahaja membuat tumpuan kepada menjimatkan kos dengan memulihkan model bermasalah sebaliknya beliau turut merancang pelbagai jenis model masa hadapan seperti IRIZ, PEREVE, EXORA, EXORA Turbo Bold MC-1,2. Beliau juga turut menggembelingkan resources kejuruteraan proton untuk hasilkan SUV kepada company China. YoungMan.

    DS Syed Zainal juga cukup serius dalam membangunkan power train Proton. iaitu pembanguna enjin baru dan chasis yang menjimatkan kos. Enjin Proton berevolusi dari CAMPRO sakit hasil kerja Mahaleel si pembela kroni, kepada CAMPRO IAFM, CAMPRO IAFM ++, CAMPRO CPS, CAMPRO CFE aka TURBO, CAMPRO V-Iriz. dalam masa 6 tahun DS Syed Zainal dapat buktikan Proton sebuah car maker company yang hebat dan berkeupayaan sendiri. Zaman ini juga Proton memperkenalkan pelbagai jenis program untuk pelanggan, jaminan sepanjang hayat, jaminan 5 tahun seluruh kereta dan program2 penarikan percuma.

    Proton juga memperkenalkan teknologi canggih seperti CVT Punch gearbox transmission, Body Module Control-BCM, yang digunakan dalam model Exora, Exora Turbo, Preve, SAGA FLX, dan Iriz. Proton mempunyai kepakaran mendalam dalam menghasilkan kereta JIKA di PIMPIN oleh PEMIMPIN mulia seperti DS Syed Zainal bukan nya pemimpin merapu dan jadi alat ahli politik seperti Tan Sri Mahaleel.


    Ds Syed Zainal orang yang tepat mengemudi Proton tapi sayang dia hanya sempat selama 6 tahun dan telah DICANTAS oleh Tun madey hidup2 sejurus DRB membuat pembelian saham dan seterusnya memiliki Proton. DRB ialah proksi Mahathir sebelum Proton akan diambil alih sepenuhnya oleh anaknya melalui Sapura Kenchana. Seperti biasa mainan politik kotor Mahadeey dipakai juga dalam bab urus tadbir korporat. Dia 'memecat' DS Zainal melaui tekanan dalaman dan ugutun tertentu yang akhirnye menyebabkan DS Syed Zainal DIPAKSA meletak jawatan... bermulalah zaman GELAP Proton kembali!


    Syed Zainal mungkin tidak mahu sambung
    KUALA LUMPUR 16 April - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan bahawa Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mungkin tidak mahu terus menerajui pengeluar kereta nasional itu di bawah pemilikan DRB-Hicom Bhd.



    (Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm#ixzz3uhOsmVQF)


    Model dan varian yang kita lihat berada dalam show room Proton sekarang adalah hasil di zaman DS Zyed Zainal. Belum ada sebarang hasil baru lagi sejak proksi Mahadey, DRB mengambil alih Proton. Samada semasa Dato Kamil atau Dato Harith. mereka ini hanyalah CEO MAKAN GAJI dan YES MAN sahaja... so lihatlah apa jadi kepada Proton selepas 3 tahun DRB ambil alih..

    Tanya Mahadey kenapa dia sibuk dengan nak jatuhkan Najib tp tgjawabnya sebagai Pegerusi Proton untuk pulihkan Proton diabaikan?

    ReplyDelete


  10. Dato Seri Syed Zainal dan Dato’ Mohammed Azlan Hashim dua insan yang saya cukup hormati dan menjadi kenangan buat saya yang membukti mereka cukup berjasa kepada Proton dan berjaya memulihkan Proton dalam masa singkat...

    DS Syed Zainal membina team work di dalam proton begitu tungkus lumus sehingga pelbagai varian dan prototypes model dihasilkan. beliau juga cukup Islamic dan banyak menerapkan nilai-nilai Islam dalam Proton Holding seperti kuliah Agama dan majlis doa kesyukuran, bacaan Surah Yaasin, berbanding zaman mahaleel yang sibuk dgn golf dan karaoke ketika sambutan pelancaran..

    Untuk pulihkan Proton, tangan Mahadey mesti dinyahkan. Proton perlukan a RIGHT PERSON yang ikhlas dan berdedikasi serupa dengan DS Syed Zainal. Insya Allah Proton akan berada di landasan tepat!

    ReplyDelete
  11. Baca di sini tentang salah satu sumber cerita Proton:

    http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=332070

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong kenyataan di atas 100%.Proton dah Nazak,tlg lah kami dealer2 Proton ni.Dah semput dan x blh nak hidup dah.

      Delete
  12. Kesibukan mahdey nak memewahkan kroni2 nya yg sedia mewah dgn menjatuhkan najib berdasarkan spekulasi 1mdb dan rm2.6b sehingga sanggup jadi keldai bershit 4.0 amat mendukacitakan.
    Dpd dia sibok sana sini menyalak...sepatutnya dia beri lbh tumpuan kpd proton..alang2 dia adalah pengerusi.Sibok dgn ceo 1mdb...tengok balik ceo proton yg hanya jadi kayu krn terpaksa ikut telunjuk pengerusi yg tiada asas dlm permotoran dan perniagaan.
    Tolonglah tun...rakyat bukan tak tahu niat dan tindakan tun cuba nak menjatuhkan najib.Perkara yg amat mudah ialah tun boleh duduk berbincang dan terima sebaik mgkin penjelasan ceo 1mdb dan bukan spin sana sini sedangkan syarikat yg tun pegang pon dah semakin goyah.
    Rakyat nampak apa yg dihadapi oleh proton tetapi sikap ego tun angkara mulut celupar mengutuk mengata org lain akan merosakkan dan menjejaskan prestasi proton krn org di bawah tun tidak mampu bekerja dgn diktator yg gagal menerima pandangan org.Tun hanya dapat menerima idea dan pandangan org yg tun suka sahaja.Klu beginilah cara tun bekerja dgn mrk...hancurlah proton.Tiada yg dpt dibangga krn sikap prejudis tun terhadap org bwhn menyebabkan mrk pon malas nak menghidupkan semula proton dgn ikhlas.
    Maka...fikir2 kan lah...
    Tiada yg nak dibangga kebolehan lalu...krn kebolehan lalu dikuasai oleh ego dan tanpa keikhlasan.

    ReplyDelete
  13. TPPA yang memberikan pelepasan cukai selama 12 tahun kepada syarikat kenderaan dari Amerika dan Kanada untuk melambakkan keluaran kenderaan mereka di negara ini apa cerita?

    Sebenarnya TPPA yang disokong oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu yang menyebabkan kehancuran kepada Proton, bukan setakat Proton, malahan Perodua dan Modenas pun berisiko gulung tikar dan ratusan ribu pekerja Proton, Perodua, Modenas serta syarikat berkaitan seperti vendor, pengedar, penjual akan kehilangan pekerjaan.

    Kepada blogger upahan Najib, sudah-sudahlah nak membohong, rakyat dah jelas dengan setiap pembohongan kamu semua ini, jadi tak payahlah bersusah payah nak kelirukan rakyat kerana kamu semua hanya membangkitkan kemarahan rakyat dengan kenyataan-kenyataan bodoh kamu semua itu.

    Sedaralah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kzmi bkn penulis upahan bro..tp kenyataan.Bkn x syg proton tp terlalu bnyk tukar tgn.Mcm mana nak maju.Ni kalo Tun ada.Kalo xde lagi lah teruk.Skrg pun dah teruk.X percaya pi kat showroom proton atau dealer tnya mereka.Pi jmpa vendor2.Kesian...Ni bkn bab Rosmah dan Najib.Ni psl masa dpn Proton bro..mami yg tggung hutang,Bkn Tun n Najib.Ada faham ke!!

      Delete
    2. Betul tu. TPPA satu bala pada umat islam malaysia. Kita dah serah soft power pada rakan golf najib terutamanya dalam hal diplomasi antarabangsa. Nanti nak vote vs polisi israel pun sudah. Big bro berdehem pulak nanti nak buka soya bean ke Jepun kerana kononnya lebih baik dari sawit.

      Delete
  14. perjuanagn madey untuk diri sendiri
    A bukan Agama tapi = Anak2 madey
    BA bukan bangsa tapi kroni2 madey
    TA bukan tanah Air tapi bagi tanah kat kroni dengan harga murah pastu beli balik dengan harga mahal.

    Alif, Ba, Ta hanya sandiwara.

    TPPA tu baru lagi tapi proton tu dah lama tak maju Sebab menipu orang ramai kualiti tak ada tapi harga mahal TAK BERKAT MACAM TU LER JADINYA. PERODUA MAJU JER SEBAB BERKAT

    TPPA TU BAGUS UNTUK PERSAINGAN AGAR SYARIKAT AKAN BERUSAHA MENGELUARKAN BARANG YANG ADA KUALITI, SIAPA KELUARKAN BARANG TAKDER KUALITI SELAMAT JALAN BEB, TPPA MUNGKIN MENGUNTUNGKAN PENGGUNA DENGAN BARANG YANG ADA KUALITI.

    ReplyDelete
  15. Surat sampah macam tu pun ramai percaya! Aduhai...

    Kalau masa Mercedes, Honda, Toyota, dll terbakar dan rosak atau kena tarik balik (recall) tak ada siapa pun berbunyi. Malah yang peliknya, semua jenama kereta tersebut mendapat sokongan padu (sama ada dalam bentuk geran, insentif, dll) daripada kerajaan dan rakyat negara pengeluar mereka. Tidak seperti Proton, asyik kena kutuk saja memanjang!

    Cakap biar berilmu.


    ReplyDelete
  16. Tohmahan yang kerap dilemparkan kepada orang Melayu ialah Melayu bangsa yang tidak bijak, tidak amanah, malas,suka nak cepat kaya dan macam-macam yang negatif!!! Namun ramai orang Melayu yang bijak pandai dan cekap menjalankan tugas dicantas apabila perasaan cemburu, rasa rezeki tersekat, lebihkan kroni dan adik beradik melanda pengurus atasan!!. Sampai bila-bila pun Melayu tidak akan maju! Berani bersuara kerana aku juga jadi mangsa! Dipuji kerana rajin, cekap dan telus namun diberhentikan serta merta kerana pengurus atasan nak beri jawatan pada kroni sendiri walaupun kroni tidak bijak menjalankan tugas!! Ingat lagi aku pada pesan Pak Lah! "Jangan sampai rakyat tak mahu kata apa-apa lagi, itu bermakna mereka sudah "give-up" dan kata "boleh mampuslah!!. Aku sanjung peribadi telus Pak Lah sehingga kini! Namun orang macam nilah Madey tendang!! Perangai Madey jadi turutan kebanyakan pengurus atasan Melayu sekarang!! Kaki bodek kalangan Melayui tak boleh dikira lagi!! Boleh mampuslah!!!!!

    ReplyDelete
  17. Kalau lah pengerusi kena jawab semua bukan ceo kenapa arul kanda yang ke depan bukan najib? Surat ni patut pada ceo. Bodoh punya orang. Sudah sudah lah menjilat najib niat surat je dah tak betul. Bukannya nak membetulkan proton tapi nak memburukkan Tun M. Kalau nak betulkkan proton surat terbuka ni pada ceo la...bukan pengerusi. Maknanya sekarang 1mdb najib lah kena jawab semua bukan arul kanda ye tak?

    ReplyDelete
  18. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله
















    ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete
  19. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله
















    ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete
  20. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete
  21. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete