Penderma mahu masukkan RM2.6b ke akaun peribad
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau berkata perkara itu telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui para penderma dana itu. "Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).
"Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib dalam temubual bersama stesen televisyen TV3.
Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, Perdana Menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi. Beliau berkata, sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan. "Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.
"Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya," katanya.
SPRM semalam mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion. Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.
SPRM bagaimanapun tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, katanya kepada Bernama. Beliau berkata, suruhanjaya itu akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu dari semasa ke semasa. - Bernama
Asyik menipu je. Dulu cerita lain, sekarang cerita lain. Dah macam camelion. Selepas apa yang dia buat pada rakyat, tiada maaf bagimu. Letak jawatan itu yang terbaik.
ReplyDeleteNajib : Aku ada RM2.6b, kalau anta mengaku jadi pendermma nnt ana bagi RM1.3b kat anta.
ReplyDeletePak Arab : Alhamdulillah. Halal! Halal!
DUIT atas nama APA SEKALI PUN, kalau dimasokkan ke dalam
ReplyDeleteakaun peribadi ia dipanggil RESUAH. Oleh yang demikian IA
TETAP HARAM. HARAM, HARAM dan HARAM.
Ada faham Najib dan kuncu-kuncunya.............?????
Ambil contoh seorang polis yang hidup mewah - bina rumah
mewah, anak bini pakai barang berjenama mewah, mengahwinkan
anak bermewah-mewah, tentu SPR akan siasat dari mana dia
dapat duit untuk menjana kemewahan hidupnya itu.
Dia jawab ADA SEORANG ARAB MENDERMA 2 JUTA KE DALAM AKAUN
PERIBADI SAYA KERANA SAYA SEORANG PEGAWAI POLIS.
Boleh pecaya ke........???????
masa mader dulu,duit umno masuk gak dalam akaun dia....rasuah jugak lah tu...tanya mader juga ,siap disokong olih khairuddin lagi ...camno tu ekk.
ReplyDeleteMemang comment diatas bodoh2 belakang. Kalau rasuah takkan Najib bodoh sangat suruh menderma masuk kedalam akaun peribadinya di Malaysia pulak tu. Baik dia suruh masuk dalam akaunnya diluar negara macam Anwar Ibrahim yang ada banyak akaun diluar Negara termasuk Israel berjumlah berbillion Ringgit. Kalau duit rasuah, Najib tak maklumkan kepada Muhyiddin, baik dia buat diam je. Ini dia maklumkan juga pada Muhyiddin akan Wang derma tu.
DeleteBetul....betul...betul...
DeleteSudah2 lah nak jadi batu api.....kau orang yang komen macam hebat sangat tu kenal ke dengan penderma tu? Kau tak baca ke syarat yang PM Najib kena ikut kalau dapat derma tu? Itulah jangan suka tuduh membuta tuli.....lokman adam dan jelaskan. So kalau tak faham jugak....sedih rupanya ada manusia muka je manusia tapi sifatnya binatang .
ReplyDeleteOh ya....kalau nak baca komen lokman adam tu cari kat the unspinner.blog.cerita derma tu bukqn dari yahudi atau george soros.baca betul2 tau...buka minda tarik nafas..istighfar banyak2 ok.selamat membaca
ReplyDeletePemakan DEDAK memang bodoh.
ReplyDeleteDerma bersyarat...................KIHKIHKIHKIH!!!!!!
Derma bersayarat.............hahahaha.
Really funny.
Korang cayalah cakap Najib tu.
DERMA BERSAYARAT - JADI, MANA DUIT RM2.67 BILLION TU SEKARANG.....????
Dah dilabor or dah LEBOR................?????????
Siakap, senohong, gelama, ikan duri.
ReplyDeleteBercakap b ohong, lelama makan diri jadi pencuri
SELALUNYA PERTUBUHAN RUMAH ANAK YATIM MOHON BANTUAN DERMA SAMADA BERJUMPA DENGAN ORANGRAMAI ATAU MENGIKLANKAN PERMOHONAN BANTUAN DERMA MEREKA DIDALAM PELBAGAI BENTUK MEDIA. BERBANDING WANG DERMA 2.6 BILIUN ATAS URUSAN YANG TIDAK JELAS MEMANG PATUTLAH RAKYAT BISING. DISEBABKAN WANG DERMA INI UMNO JADI TAK TENTU HALA DAN 'KUIH' PAU 2015 JADI TAK SEDAP.ORANG DAH TAK ADA MOOD PADA PAU DAN DAH TAK KISAH LAGI PADA UMNO.
ReplyDeleteJgn gaduh2 bro..apapun Pru akan dtg ni kita tgk Umno bungkus sudah..ha2...
ReplyDeleteHe he je je je.
ReplyDeletebungkus tk bungkus.
dulu peliwat pn cakap mcm tu.tapi alhamdulillah dgn izin allah yg benar mengatasi yg bakhil.
Tapi yang pasti kebanyakan yg ada di sini hatinya tidak tenteram...tak banyak..sekumik kuman pun hatinya tetap ada tanda2 hitam..busuk punya orang
ReplyDeletePRU 14 UMNO bungkus?? Yeh yeh, Lim Guan Eng jadi PM, Lim Kit Siang jadi DPM, Anwar Menteri Tirai Besi..
ReplyDeleteASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
ReplyDelete• لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله
ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
• لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله