Update! Lagi Gambar-Gambar Kemalangan dan Mangsa melibatkan bas dan lori berhampiran Nibong Tebal semalam





















NIBONG TEBAL: Dua orang cedera parah, manakala 12 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer (KM) 153.2, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan dari arah Utara menuju ke Selatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata kemalangan berlaku ketika treler memuatkan kontena hendak memotong bas kilang yang membawa kira-kira 30 pekerja sebuah kilang.

"Lori itu bagaimanapun hilang kawalan dan bergesel dengan bas mengakibatkannya terbabas ke parit di tepi lebuh raya, manakala bas pula terbalik di atas permukaan jalan.

"Kurang 12 orang cedera ringan termasuk pemandu dan mereka mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap, manakala dua penumpang bas yang cedera parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Butterworth," katanya di sini, malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 KM menghala ke arah Selatan lebuh raya berkenaan berikutan bas kilang itu menghalang satu lorong lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, pemandu bas kilang berkenaan, Aizat Mohamad, 37, berkata dia sedang dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam menuju ke Bukit Merah, Perak untuk menghantar pekerja kilang.
"Ketika hendak berhenti di hentian Sungai Bakap, tiba-tiba bas kami dilanggar oleh sebuah treler menyebabkan saya hilang kawalan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

"Ia menyebabkan bas kami terbalik dan saya tercampak keluar daripada bas," katanya yang hanya mengalami kecederaan ringan.

credit to my fren http://danialsaad.com/

Hangat! Gambar-Gambar Kemalangan melibatkan bas dan lori berhampiran Nibong Tebal sebentar tadi






NIBONG TEBAL: Dua orang cedera parah, manakala 12 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer (KM) 153.2, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan dari arah Utara menuju ke Selatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata kemalangan berlaku ketika treler memuatkan kontena hendak memotong bas kilang yang membawa kira-kira 30 pekerja sebuah kilang.

"Lori itu bagaimanapun hilang kawalan dan bergesel dengan bas mengakibatkannya terbabas ke parit di tepi lebuh raya, manakala bas pula terbalik di atas permukaan jalan.

"Kurang 12 orang cedera ringan termasuk pemandu dan mereka mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap, manakala dua penumpang bas yang cedera parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Butterworth," katanya di sini, malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 KM menghala ke arah Selatan lebuh raya berkenaan berikutan bas kilang itu menghalang satu lorong lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, pemandu bas kilang berkenaan, Aizat Mohamad, 37, berkata dia sedang dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam menuju ke Bukit Merah, Perak untuk menghantar pekerja kilang.
"Ketika hendak berhenti di hentian Sungai Bakap, tiba-tiba bas kami dilanggar oleh sebuah treler menyebabkan saya hilang kawalan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

"Ia menyebabkan bas kami terbalik dan saya tercampak keluar daripada bas," katanya yang hanya mengalami kecederaan ringan.

credit to http://danialsaad.com

Orang kampung! Nuar meroyan nak serang Nibong Tebal..(Tun M cool aje)


Walaupun Tun Mahathir Berpuluh-Puluh Kali Diserang Musuh-Musuh Dari Luar negara termasuk Yang Terbaru Dari Malaysian Maverick namun Tun M tetap tenang dan cool.
Tun M tetap mempunyai penyokong yang tersendiri dan tetap ramai.

Anwar baru Sekali Diserang Musuh Luar (wikileaks) dah gelabah Beruk nak Meroyan seluruh Negara takut hilang Penyokong. Tun M dah diugut akan disaman dan kalau boleh Anwar ni nak saman satu dunia yang 'konspirasikan' dia.

Dah tu pulak siap dah atur siri ceramah jelajah seluruh Malaysia kononnya nak bagi penjelasan isu wikileaks ni.

Diberitakan Sabtu ni 18/12 malam, gerombolan Kepala Pakatan Harom yang terdiri daripada Anwar, Hj, Hadi, LGE Lahanat dan lain-lain mai nak 'buat qamai' ceramah fitnah di kubu kuat UMNO Nibong Tebal iaitu di Sungai Acheh. Blah la Nuar, jangan hang berani kacau orang Sungai Acheh yang aman damai hidup selama ni. Sedarlah! Bapak hang tu dulu keja hospital Sungai Bakap makan gaji kerajaan bela hang adik-beradik. Dasar brengset tak sedar diuntung!

Aduhai Anwar.. "Takut kerana Salah..Berani Kerana Benar"

Berita semasa : Planet Nibiru Akan Langgar Bumi Pada 2012?


Kerajaan menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lepas. - BERNAMA

Mesti Jenguk! Senarai Kezaliman Rejim PAS


Kenapa "Pas Gelap Gambor" di Terengganu?

Ini adalah sebahagian koleksi kezaliman Rejim Pas semasa diberi peluang oleh rakyat untuk Cuba, Try Test Perintah Terengganu pada 99 dulu yang dikumpulkan pencinta keamanan di Mesra.net.

SENARAI KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU

1. TAWAN WISMA DARULIMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pada malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi.

2. SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’

3. JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000 Pas memecat ketua-ketua kampong dan menamat serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

4. UPU DIMANSUH, KAKITANGAN DIPECAT:Unit Perpaduan Ummah ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik Umno, tetapi digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader Pas. Bekas calon Pas DUN Ajil yang tewas dilantik sebagai Pengarahnya.

5. HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: Pas dan JSR bertindak menghalau kanak-kanak tadika Kemas dari balairaya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri berjumlah 391 tempat (premis).

6. JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000 Ahlijawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatan ditamatkan oleh Kerajaan Pas Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahlijawatankuasa.

7. KHUTBAH JADI MEDAN POLITIK: Mimbar masjid (khutbah) dijadikan oleh Kerajaan Pas untuk menyerang Kerajaan Pusat dan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

8. PECAT PENERIMA BANTUAN MISKIN: November 2000, Pas menamatkan kira-kira 1500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak menyokong Pas.

9. TAMAT ELAUN GURU AL-QURAN: Julai 2001 Pas menamatkan elaun 2,048 guru al-Quran kampong, yang dilantik di zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001.

10. IMBUHAN HADFIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001 imbuhan hafiz dan haafizah Al-Quran, malah termasuk yang buta penglihatan ditarik balik dan elaun Qariah berjasa Hajah Rogayah Sulong turut ditamatkan.

11. PECAT DAN GANTUNG IMAM/BILAL: Menggantung dan memecat imam dan bilal masjid yang tidak menyokong Pas dan terlibat dengan JKKK.

12. ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang miskin yang menyokong Umno dinafikan haknya untuk memperolehi wang zakat yang dibahagikan di masjid-masjid di kampung melalui peranan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)

13. RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.

14. PECAT PENGARAH TATI: Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 02 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI.

15. CUKAI PETAK: Kerajaan Pas kononnya menghapuskan ‘cukai bakul’ untuk penjaja kecil di pasar tetapi, cukai petak pula dikenakan.

16. JUAL SYARIKAT KERAJAAN: Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.

17. POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA: Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama.Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar negara dengan kos lebih ¼ juta RM.

18. RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu.

19. HALAU PENDUDUK MISKIN: Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong Umno diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

20. TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK: Pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

21. PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan Pas sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium antara RM200-RM800 sahaja seekar.

22. PREMIUM TANAK UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN: Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.

23. KAFIRKAN ORANG SESUKA HATI: Exco Kerajaan Pas secara terang mengkafirkan orang Umno, Dato’ Shukri Mohamad yang mengkritik Enekmen Jenayah Syariah Terengganu, Hudud dan Qisas.

24. LESEN PASIR UNTUK KRONI: Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh orang Umno dirampas dan diberikan kepada orang Pas.

25. RAMPAS TANAH RAKYAT: Tanah milik orang Umno di Kertih yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh Pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...