Gempar! Ular Berkepala Tujuh Dijumpa di Perlis (Bergambar)


Santai Pagi Minggu.
Gambar ular selar berkepala tujuh yang sempat dirakam menerusi telefon bimbit salah seorang daripada tiga pemuda dari Kampung Ngulang dekat sini ketika memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, empat hari lepas. Untuk paparan dan cerita lebih jelas,
sila ke SINI

Mai belek sat apa tulis kat baju pecacai Penipu Rakyat ni!


Kelihatanlah juak-juak bangang PKR dengan bangganya memakai baju ni semasa penamaan calon PRK Tenang sebentar tadi. Kononnya nak mempromosikan 100 hari penipu rakyat dengan memakai Baju T tanpa tahu apa sebenarnya isi kandungan dan implikasi sebenarnya yang tertulis di belakang baju tu!

100 Hari Pakatan Rakyat kelihatan sangat janggal dan membangangkan. Apakan tidak, tiada sebarang polisi pendapatan yang diutarakan sebaliknya sekadar kaedah untuk berbelanja dengan modal utamanya adalah penjimatan... kononnya.

Tahun pertama, ianya mungkin akan kelihatan benar dengan jumlah RM19 bilion seperti yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim. Bagaimana pula dengan tahun kedua, ketiga, keempat dan kelima sepanjang Pakatan Rakyat berkuasa? Nak kerok tang mana pula hasil perbendaharaan untuk perbelanjaan berkenaan? Tanah mana pula hendak dilupuskan untuk diserahkan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA?

Atau semua itu sekadar untuk tahun pertama semata-mata?

Anwar dan polisi ekonominya yang mahukan populariti sebenarnya sedang tersepit. Anggapan awal bahawa rakyat Malaysia adalah bodoh dan buta tanpa berfikir panjang, mungkin dibuat berdasarkan kepada penyokong di sekeliling mereka. Namun apabila dari sehari ke sehari, polisi berkenaan diragukan, Anwar dan konco-konconya kelam-kabut.

Hot! Rakyat dalam DUN Cempaka Berdemo Bantah Nik Aziz Makan Gaji Buta!


Nik Aziz yang yang asyik sibuk dengan kerjanya mendoakan kecelakaan orang dan mempertahankan segala tindak-tanduk DAP sebenarnya telah lupa tanggungjawab dia sebagai ADUN di kawasannya sendiri iaitu Chempaka.

Apa cerita ni? Makan duit haram ke elaun YB tu? Tempat sendiri rakyat kompelen dah 7 tahun tadak sebarang tindakan diambil pun?


KOTA BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap..apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela," kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

Syukri berkata laluan tersebut merupakan laluan utama bagi 5,000 penduduk dari lima buah kampung iaitu Kampung Pantai Sabak, Pulau Gajah, Tanjung Kuala, Kemeruk dan Limau Purut selain turut menjadi laluan pelancong untuk ke Pantai Sabak dan ke kampung-kampung berdekatan.

Seorang penduduk Pulau Gajah, Latifah Rani, 40, pula berkata keadaan jalan yang teruk itu membahayakan pengguna kerana keadaan jalannya yang berlubang.

"Pernah suami dan anak saya tergolek di atas jalan apabila motosikal yang dinaiki terjatuh akibat melanggar lubang besar sehinggakan anak saya terpaksa dirawat di hospital. Bayangkanlah, sudahlah cedera, motosikal pula perlu dibaiki kerana rosak," katanya kesal.

Bagi Che Azam Ibrahim, 48, pula, berkata mereka yang memiliki kenderaan juga terpaksa menanggung kerugian kerana jalan yang rosak teruk itu menyebabkan tayar kenderaan sering pancit selain bumper dan rim pecah dan bengkok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Sabak Em Ahmad Rasydan berkata masalah itu telah beberapa kali diadukan kepada pihak kerajaan negeri tetapi akhirnya ia seperti mencurah air ke daun keladi.

"Bukan kami berdiam diri, kami berusaha berjumpa dengan pihak berkaitan tetapi tetap tidak ada tindakan sewajarnya yang diambil. Ini bukan soal politik, kami hanya mahu kebajikan kami terbela, kami mahu Nik Aziz yang memegang kawasan ini turun dan ambil tindakan sewajarnya selesaikan masalah penduduk," katanya.

Penjelasan Imam Masjid Felda Tenang Terhadap Fitnah Dahsyat PAS yang mempolitikkan Isu Kematian Anak Qariah


Imam Masjid An-Nur, Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

“Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar.

“Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

“Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

“Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

“Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

“Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan,” katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

“Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

“Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

“Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas,” katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

“Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

“Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu “hodoh” kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

“Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali,” katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

“Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…,” katanya

Anwar Bukan Mahu Berdebat Tapi Mahu Jumpa PM, Tarik Kes Liwat!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak berhasrat untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sengaja melakukan provokasi untuk menarik perhatian Perdana Menteri untuk berjumpa dengannya secara empat mata.

“Sebenarnya pada teman YAB PM tidak perlu menjawab pun cabaran debat Anwar. Ngabihkan boreh je! Sebabnya, Anwar sudah beberapa kali cuba mahu berjumpa empat mata dengan YAB PM. Bukan untuk berdebat, apatah lagi membincang masalah rakyat. Tetapi sebenarnya mahu meminta supaya kes pertuduhan dia meliwat Saiful ditarik balik.

“Teman ingat beberapa kali Anwar minta teman supaya cuba atur berjumpa Dato’ Sri Najib (bila YAB mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6) untuk meminta temujanji bagi dia nak berjumpa PM untuk meminta ditarik balik kes pertuduhan liwat terhadap Saiful.

“Walhal masa tu teman masih Ahli Parlimen PKR. Dan teman pun tak berminat nak jumpa YAB PM, dan tak pernah pun jumpa YAB PM mengenai isu itu. Tetapi mengapa dan apa sebabnya Anwar takut sangat sehingga mahu berjumpa empat-mata dengan PM?”, kata Zulkifli Noordin dalam blognya, zul4kulim.blogspot.com. Klik di sini

Menurut Zul Noordin, Anwar teramat sangat mahu berjumpa PM kerana tidak yakin dapat membela diri ketika berhadapan dengan dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Aku dah cemuih dok penjara!!”, kata Anwar. Yup, Anwar Ibrahim yang mengaku hero Tamil Sivaji the Boss tu sebenarnya takut kena penjara lagi. Anwar takut masuk penjara balik. Sebab dia tahu dia akan sangkut dalam kes Saiful ini.

“Dan dia tahu kali ini kalau dipenjara, mungkin umur dia akan habis dalam penjara sahaja (bayangkanlah kalau dihukum 12 tahun penjara!?). Pada umur nak memasuki 64 tahun, teman faham ketakutan Anwar itu. Apatah lagi dengan cucu pun menunggu dirumah. Dan teman tidak salahkan Anwar jika berasa takut masuk penjara.

“Cuma nasihat teman, bertaubatlah, dan mohonlah keampunan kepada ALLAH, dan pohonlah supaya ALLAH memberi jalan keluar yang ma’ruf dan baik. Hentikanlah segala sandiwara & pembohongan ini. Kembalilah kejalan ALLAH, bertaubatlah Anwar, katanya lagi yang juga merupakan bekas salah seorang peguambela kes liwat Anwar kali yang pertama dahulu.

Menurutnya lagi, beliau tidak pasti sekiranya Anwar menggunakan saluran lain untuk berjumpa secara empat mata dengan PM, tetapi dengannya beliau tidak pernah membuat sebarang temujanji.

Zul Noordin turut kehairanan kenapa Anwar begitu ghairah untuk berdebat sedangkan perbuatan itu ditegah dalam surah Al Baqarah yang mengumpamakan orang yang suka berdebat adalah meniru perangai Yahudi.

Tetapi pada masa sama, Anwar ketakutan menyahut cabaran bersumpah yang dibuat oleh Saiful, sedangkan cabaran sumpah muhabalah dianjurkan Dr. Asri Zainul Abidin yang merupakan Mufti Perlis ketika itu.

“Kalau beriya-iya sangat nak berdebat, teman cabar manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini supaya berdebat dengan Saiful dulu. Ni kes Mahkamah pun asyik menangguh aje kerjanya, takut pulak nak berdebat. Pootar sana, pooSingh sini nak mengelak dan melengah-lengahkan perbicaraan.

“Anwar sepatutnya berdebat dengan peguam dia sendiri Karpal Singh. Cuba debat dengan Karpal Singh pasal apa nak membela juga Anwar sedangkan Karpal Singh yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997.

“Beliau (Karpal) yang mendedahkan salahlaku homoseks & liwat Anwar di Federal Hotel. Beliau yang membongkar kegiatan homoseks & liwat Anwar kepada kepimpinan PAS pada masa itu. Beliau yang menasihati Umi dan Azizan. Karpal juga yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 Sept terbongkar.

“Ataupun kalau beriya sangat nak berdebat, cuba cabar Lee Kuan Yew atau Bahagian Risikan Singapura & Australia yang mendedahkan mereka mempunyai “bukti teknikal” Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat, dan mereka mempercayainya!

“Kita umat Islam dan rakyat Malaysia pun nak tahu siapa yang benar, dan apa “bukti teknikal” yang mereka ada. Dengan mencabar mereka berdebat, pasti kebenaran akan terbongkar; samada mereka berbohong atau manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ni yang kelentong ? “katanya lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...