Adakah Perjuangan Islam Menyuruh Umat Islam Berperang Sesama Sendiri ?


Sehingga kemunculan Imam al-Mahdi, tiada satu mazhab selain ahli Sunnah wal-Jammah yg boleh menggelarkan kumpulan mereka lebih baik daripada kumpulan yang lain.. Mengikut kajian saya tentang fahaman Ahli Sunnah Wal-Jammah, banyak bukti yang menjelaskan bahawa Islam tidak membenarkan umat Islam mengkafirkan sesama Islam termasuk membunuh sesama Islam seperti yang berlaku di negara2 Islam di rantau Arab sana..

Seperti perjuangan Ikhwanul Muslimin dimana, ada laporan yang mengatakan mereka adalah penggerak kepada kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak.. mungkin ada benarnya.. tetapi tahukah kita siapakah sebenar yang membiayai Ikhwanul Muslimin sehingga mereka mampu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang kaya dan mempunyai keperluan yang cukup untuk menjatuhkan sesebuah gerakkan.. Ianya mesti mempunyai sokongan biaya yang banyak dan jangan lupa jugak hasutan Iblis laknatullah yang mahu umat Islam bercerai-berai yang kononnya ingin menegakkan Islam..

Jika dilihat secara tersirat, mengapa Amerika Syarikat membiarkan sahaja gerakkan Ikhwanul Muslimin dan tidak mempertahankan kerajaan Husni Mobarak yang kononnya berpaksikan Amerika selama ini dan memberi bantuan ketenteraan kepada kerajaan Hosni Mubarak ??

Pada pemerhatian saya, ini adalah kerana sebelum ini sumber minyak mereka dikuasai hanya oleh pihak salah satu parti utama Amerika Syarikat dan pihak yang lagi satu telah membuatkan pakatan untuk menjatuhkan pihak yang lain.. Samada Demokrat yang mahu menjatuhkan Republikan atau sebaliknya.. Dan juga setelah negara Amerika Syarikat mengalami masalah kewangan yang teruk dan mengakibatkan banyak syarikat2 gergasi mereka mengalami masalah kewangan akibat kejatuhan saham, maka mereka terpaksa membuat satu usaha untuk mengembalikan kekayaan syarikat2 gergasi Amerika Syarikat dengan menjatuhkan kerajaan negara2 Islam supaya mereka dapat merampas kekayaan negara2 Islam ke tangan mereka..

Yang liciknya mereka menggunakan gerakkan2 Islam untuk mencapai matlamat mereka.. Yang sedih apabila gerakkan2 Islam ini dengan bangganya melancarkan perang sesama Islam sehingga berlaku kemusnahan harta benda dan termasuk berbunuh sesama Islam..

Cuba kita perhatikan, adakah pengganti Husni Mobarak itu akan lebih baik tamaknya daripada Husni Mubarak ?? adakah nanti Presiden Baru Mesir akan menjalankan pemerintahan yang tidak melibatkan negara Amerika ?? Adakah Mesir akan menjalankan pemerintahan Islam yang total ?? adakah 40 % rakyatnya yang berpendapatan rendah akan menjadi kaya apabila Presiden Mesir ditukar ?? Itu semua hanyalah impian dan mimpi yang mustahil berlaku..

Sekiranya umat Islam memilih untuk berperang sesama sendiri, percayalah, umat Islam akan jadi lemah dan negara akan menjadi mundur dan usaha membangunkan syiar Islam akan terbantut.. Jangan terpedaya dengan gerakkan subversif di mana mereka pun manusia jugak yang tak lari daripada membuat kesilapan dan yang paling ditakuti adalah apabila telah sampai pemikiran taksub terhadap pemimpin mereka.. sedangkan Islam tak ajar manusia taksub kepada manusia selain Nabi s.a.w..

No comments:

Post a Comment